Venezuela akan eksport minyak AS$2 bilion ke Amerika dalam perjanjian dengan Washington
Caracas dan Washington telah mencapai persetujuan untuk mengeksport minyak mentah Venezuela bernilai sehingga AS$2 bilion ke Amerika Syarikat, kata Presiden Donald Trump pada Selasa (6 Jan), satu rundingan utama yang akan mengalihkan bekalan dari China sambil membantu Venezuela mengelakkan pemotongan pengeluaran minyak yang lebih besar.
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Caracas dan Washington telah mencapai persetujuan untuk mengeksport minyak mentah Venezuela bernilai sehingga AS$2 bilion ke Amerika Syarikat, kata Presiden Donald Trump pada Selasa (6 Jan), satu rundingan utama yang akan mengalihkan bekalan dari China sambil membantu Venezuela mengelakkan pemotongan pengeluaran minyak yang lebih besar.
Perjanjian itu merupakan petanda kukuh bahawa pemerintah Venezuela sedang bertindak balas terhadap tuntutan Encik Trump agar ia membuka bekalan minyaknya kepada syarikat-syarikat minyak Amerika Syarikat atau be risiko mengalami campur tangan ketenteraan yang lebih banyak.
Encik Trump berkata beliau mahu Presiden sementara Delcy Rodriguez memberi Amerika Syarikat dan syarikat-syarikat swasta "akses penuh" kepada industri minyak Venezuela.
Venezuela mempunyai berjuta-juta tong minyak yang dipunggah di atas kapal tangki dan dalam tangki simpanan yang tidak dapat dihantarnya kerana sekatan ke atas eksport yang dikenakan oleh Encik Trump sejak pertengahan Disember lalu.
Sekatan itu adalah sebahagian daripada tekanan Amerika Syarikat yang semakin meningkat terhadap pemerintah Presiden Venezuela Nicolas Maduro yang memuncak dengan penangkapannya oleh tentera Amerika Syarikat pada hujung minggu lalu.
Para pegawai kanan Venezuela telah menyifatkan penangkapan Encik Maduro sebagai penculikan dan menuduh Amerika Syarikat cuba mencuri rizab minyak negara itu yang besar.
Venezuela akan "menyerahkan" antara 30 dan 50 juta tong "minyak yang diluluskan" kepada Amerika Syarikat, kata Encik Trump dalam catatan laman media sosialnya.
"Minyak ini akan dijual pada Harga Pasaran, dan wang itu akan dikawal oleh saya, sebagai Presiden Amerika Syarikat, untuk memastikan ia digunakan untuk memberi manfaat kepada rakyat Venezuela dan Amerika Syarikat!" tambahnya lagi.
Setiausaha Tenaga Amerika Syarikat Chris Wright bertanggungjawab melaksanakan perjanjian itu, kata Encik Trump, sambil menambah bahawa minyak itu akan diambil dari kapal dan dihantar terus ke pelabuhan-pelabuhan di Amerika Syarikat.
Membekalkan minyak mentah kepada Amerika Syarikat pada mulanya mungkin memerlukan pengagihan semula kargo yang pada asalnya menuju ke China, dua sumber memberitahu Reuters pada awal Selasa (6 Jan).
Negara Asia itu telah menjadi pembeli utama minyak Venezuela dalam dekad yang lalu, terutamanya sejak Amerika Syarikat mengenakan sekatan ke atas syarikat-syarikat yang terlibat dalam perdagangan minyak dengan Venezuela pada tahun 2020.
"Trump mahu ini berlaku lebih awal supaya beliau boleh mengatakan ia adalah kemenangan besar," kata sumber industri minyak.

Sumber : Agensi berita/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.