Vatican batal upacara sembahyang buat kali keempat kerana Pope masih di hospital
Anggaran Waktu Membaca:
Pope Francis. (Gambar: Reuters/Remo Casilli)
ROME: Vatican membatalkan sembahyang yang secara tradisi berlangsung pada Ahad di Dataran St Peter buat kali keempat berturut-turut sedang Pope Francis masih dirawat di hospital akibat radang paru-paru yang serius, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Menurut Vatican, Pope Francis menghabiskan malam yang “tenang” di Hospital Gemelli, Rome, dan sedang berehat.
Pada lewat Sabtu (8 Mac), Badan Pentadbir Pusat Gereja Katolik itu memaklumkan keadaan pemimpin Katolik berusia 88 tahun itu menunjukkan "peningkatan beransur-ansur".
“Keadaan klinikal Pope kekal stabil dalam beberapa hari kebelakangan ini dan menunjukkan tindak balas yang baik terhadap rawatan," menurut kenyataan itu.
Tambahnya, Pope tidak mengalami demam. Buletin kesihatan seterusnya dijangka dikeluarkan pada Isnin malam.
Kesihatan Pope merosot sejak beliau dimasukkan ke Hospital Gemelli pada 14 Feb lalu, yang pada mulanya dilaporkan sebagai kes bronkitis.
Bagaimanapun, beliau kemudian disahkan menghidap radang paru-paru berganda dan telah beberapa kali menggunakan mesin ventilator.
Pope Francis kini merupakan pope kedua tertua dalam sejarah.
Khamis ini juga menandakan ulang tahun ke-12 pelantikannya menggantikan Benedict XVI, yang meletak jawatan pada usia 85 tahun tetapi hidup sehingga 95 tahun.

Sumber : Bernama/IM/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.