Varian selesema baharu cetus kebimbangan; pakar pantau penularan global
Anggaran Waktu Membaca:
ISTANBUL: Pegawai kesihatan kini memantau dengan teliti varian selesema yang mencetuskan wabak awal dan lebih teruk daripada biasa di Kanada, Britain dan Jepun, menurut laporan NBC pada Rabu, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap potensi kesannya di Amerika Syarikat.
Demikian lapor Anadolu Ajansi.
Varian bermutasi H3N2 yang dikesan pada musim panas lalu, merebak dengan pantas dan dikaitkan dengan peningkatan kadar kemasukan ke hospital.
“Sejak ia muncul, virus ini merebak dengan pantas dan kini mendominasi di beberapa negara di Hemisfera Utara,” kata Dr Wenqing Zhang, ketua Unit Ancaman Pernafasan Global Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dalam satu taklimat.
Pakar memberi amaran yang varian itu mempunyai pelbagai mutasi yang menjadikannya berbeza daripada komponen H3N2 dalam vaksin selesema bermusim tahun ini.
“Virus ini agak berbeza daripada H3N2 yang disertakan dalam vaksin tahun ini,” kata Dr Antonia Ho, pakar penyakit berjangkit di Universiti Glasgow, Scotland.
Britain melaporkan kes selesema tiga kali ganda lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun lalu, kata James Mackey, ketua Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) negara itu.
Di Kanada, lonjakan awal turut dikesan, kata Ahli Virologi Angela Rasmussen dari Universiti Saskatchewan.
Sementara itu, di Jepun, kes selesema di Tokyo meningkat hampir enam kali ganda berbanding tahun lalu, memaksa lebih 2,300 sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak ditutup sebahagiannya, menurut laporan Nippon TV.
Setakat ini, belum jelas sejauh mana varian itu menular ke negara lain termasuk Amerika Syarikat. Walaupun kes Selesema A dilaporkan, data nasional yang menyeluruh masih belum tersedia akibat kekurangan tenaga kerja di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat.
Meskipun vaksin tahun ini mungkin tidak sepadan sepenuhnya dengan varian H3N2 yang bermutasi, pakar tetap menggesa orang ramai agar mengambil vaksin tahunan bagi mengurangkan tahap jangkitan dan mencegah kemasukan ke hospital.
Bukti awal dari Britain menunjukkan vaksin sedia ada menyumbang sehingga 40 peratus keberkesanan dalam mencegah kemasukan ke hospital dalam kalangan orang dewasa.

Sumber : Bernama/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.