Skip to main content

Dunia

Varian Mu mungkin satu keprihatinan: Agensi Ubat-Ubatan Eropah

Agensi Ubat-Ubatan Eropah (EMA) menyatakan pada Khamis (9 Sep) bahawa varian koronavirus yang dikenali sebagai "Mu" mungkin satu keprihatinan, meskipun tiada data yang menunjukkan bahawa ia akan menggantikan varian Delta yang kini merebak secara meluas.

Anggaran Waktu Membaca:
Varian Mu mungkin satu keprihatinan: Agensi Ubat-Ubatan Eropah

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 10 Sep 2021 07:45AM Dikemas Kini : 10 Sep 2021 07:47AM

THE HAGUE: Agensi Ubat-Ubatan Eropah (EMA) menyatakan pada Khamis (9 Sep) bahawa varian koronavirus yang dikenali sebagai "Mu" mungkin satu keprihatinan, meskipun tiada data yang menunjukkan bahawa ia akan menggantikan varian Delta yang kini merebak secara meluas.

Mu, pertama kali dikenal pasti di Colombia pada Januari lalu dan dikenali sebagai B.1.621, diklasifikasikan pada awal bulan ini sebagai "varian perlu diberi perhatian" oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Walaupun tumpuan utama EMA adalah pada varian Delta yang mudah merebak, ia juga sedang "meneliti varian-varian lain yang mungkin sedang menular, seperti varian Lambda (dikenal pasti di Peru) dan baru-baru ini varian Mu", menurut ketua strategi vaksin EMA Marco Cavaleri di satu sidang media.

"Mu berpotensi menimbulkan lebih keprihatinan kerana ia berpotensi menunjukkan bahawa ia lebih lali terhadap daya imun."

Pengawal selia yang berpangkalan di Amsterdam itu yang meneliti ubat-ubatan di 27 negara Eropah Bersatu, akan mengadakan rundingan bersama para pencipta vaksin tentang keberkesanan vaksin-vaksin sedia ada dalam menangani varian Mu, kata Encik Cavaleri.

"Namun, saya perlu katakan bahawa kita belum lagi mempunyai data yang akan menunjukkan bahawa varian Mu merebak dengan pantas, dan sama ada ia berpeluang untuk mengatasi varian Delta sebagai varian utama."

Kesemua virus termasuk SARS-CoV-2 yang menyebabkan COVID-19 akan bermutasi setelah beberapa waktu.

Kebanyakan mutasi tidak mempunyai sebarang kesan atau hanya sedikit namun sesetengah daripadanya boleh mempengaruhi ciri-ciri virus termasuk bagaimana ia boleh merebak dengan mudah, sejauh mana tahap serius penyakit yang disebabkan oleh virus tersebut dan daya tahannya kepada vaksin.

Pada masa ini, WHO mengenal pasti empat varian membimbangkan COVID-19, termasuk Alpha yang menular di 193 negara dan Delta yang merebak di 170 negara.

Lima varian termasuk Mu sedang dipantau.

Setelah dikesan di Colombia, Mu sejak itu dilaporkan di negara-negara Amerika Selatan yang lain dan di Eropah.

WHO menyatakan bahawa kehadirannya di seluruh dunia merosot ke bawah 0.1 peratus dalam kalangan kes-kes berurutan. Bagaimanapun di Colombia, kadar itu adalah 39 peratus.

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita