Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Vape tingkat risiko penyakit paru-paru sebanyak 30 peratus: Kajian

Kerap menggunakan rokok elektronik (e-rokok) meningkatkan risiko mendapat penyakit paru-paru kronik seperti asma atau emfisema, kata penyelidik Amerika Syarikat (AS) pada Isnin (16 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Vape tingkat risiko penyakit paru-paru sebanyak 30 peratus: Kajian

Gambar fail. (Gambar: REUTERS/Adnan Abidi)

Diterbitkan : 17 Dec 2019 10:59AM Dikemas Kini : 17 Dec 2019 11:06AM

CHICAGO: Kerap menggunakan rokok elektronik (e-rokok) meningkatkan risiko mendapat penyakit paru-paru kronik seperti asma atau emfisema, kata penyelidik Amerika Syarikat (AS) pada Isnin (16 Dis).

Kajian itu, diterbitkan dalam ‘American Journal of Preventive Medicine’, antara yang pertama menunjukkan kemungkinan bahaya akibat penggunaan e-rokok dalam jangka panjang, yang sering dipromosi sebagai alternatif lebih sihat berbanding tembakau dan cara membantu perokok berhenti merokok.

Ia mendapati, e-rokok meningkatkan risiko penyakit paru-paru sebanyak satu pertiga berbanding mereka yang tidak pernah merokok atau menggunakan vape. Malah, risikonya lebih tinggi di kalangan orang dewasa yang menggunakan kedua-dua e-rokok dan rokok tembakau.

Penyelidikan itu dibuat ketika AS berdepan krisis penggunaan vape di kalangan belia.

Menurut Pusat Kajian Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS (CDC), lebih 27.5 peratus pelajar sekolah tinggi di negara itu menggunakan e-rokok, meningkat daripada 20.7 peratus pada 2018.

“E-rokok dipromosi sebagai tidak berbahaya dan ia sebenarnya tidak benar,” kata Encik Stanton Galntz, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Kawalan Tembakau San Francisco, Universiti California menerusi wawancara telefon.

Encik Glantz dan rakan pengkajinya menggunakan data 32,000 golongan dewasa ditinjau dalam Penilaian Penduduk Berkaitan Kesihatan dan Tembakau CDC (PATH) yang mengesan tabiat e-rokok dan tembakau serta diagnosis baharu penyakit paru-paru dari 2013 hingga 2016.

Tiada siapa mendapat penyakit paru-paru pada permulaan kajian. Tiga tahun kemudian, penyelidik mendapati, individu yang menggunakan e-rokok mempunyai risiko kira-kira 30 peratus lebih tinggi mendapat penyakit paru-paru seperti asma, bronkitis, emfisema atau penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD) berbanding mereka yang tidak pernah merokok atau menggunakan vape.

Sumber : Reuters/EM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan