Van terbabas di laluan pejalan kaki, 18 orang cedera
Di Shanghai, sekurang-kurangnya 18 orang cedera apabila sebuah van terbabas di laluan pejalan kaki dan merempuh orang ramai yang sedang berlalu di situ.
SHANGHAI, CHINA: Di Shanghai, sekurang-kurangnya 18 orang cedera apabila sebuah van terbabas di laluan pejalan kaki dan merempuh orang ramai yang sedang berlalu di situ.
12 yang cedera adalah pejalan kaki sementara selebihnya penumpang van.
Kenderaan itu kemudian terbakar tetapi berjaya dipadamkan.
Menurut pihak berkuasa Shanghai, kemalangan disebabkan kecuaian pemandu van yang merokok semasa memandu.
Polis juga mengesyaki lelaki itu sedang mengangkut barang haram dan berbahaya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.