Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Vaksinasi pantas COVID-19 keutamaan bakal Presiden Iran Raisi

Presiden terpilih Iran Ebrahim Raisi berjanji pada Selasa (22 Jun) bahawa pemerintahannya akan memulakan vaksinasi pantas COVID-19 untuk menggerakkan ekonomi negara yang berada dalam pusat penularan wabak di Timur Tengah itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Vaksinasi pantas COVID-19 keutamaan bakal Presiden Iran Raisi

Presiden terpilih Iran Ebrahim Raisi semasa sidang media di Tehran pada 21 Jun 2021 (Gambar: Majid Asgaripour/WANA (West Asia News Agency) via REUTERS)

Diterbitkan : 23 Jun 2021 11:39AM Dikemas Kini : 23 Jun 2021 11:45AM

DUBAI: Presiden terpilih Iran Ebrahim Raisi berjanji pada Selasa (22 Jun) bahawa pemerintahannya akan memulakan vaksinasi pantas COVID-19 untuk menggerakkan ekonomi negara yang berada dalam pusat penularan wabak di Timur Tengah itu.

"Program pemvaksinan besar-besaran yang paling pantas... akan menjadi antara program segera kami dari hari pertama kami mengambil alih," kata Encik Raisi dalam ucapan yang disiarkan secara langsung oleh saluran TV rasmi.

"Vaksin yang dihasilkan secara domestik, dan jika perlu, vaksin yang dihasilkan di luar negeri (akan diperoleh) dengan cepat... supaya orang ramai akan merasa tenang dan ekonomi akan berkembang," kata Encik Raisi dalam ucapan yang disampaikan di bandar Mashhad, timur laut Iran.

Pemerintahan Presiden Hassan Rouhani menghadapi kritikan kerana program vaksinasi yang perlahan. Para pegawai menyalahkan sekatan Amerika Syarikat sebagai penghambat usaha pembelian dan kelewatan dalam penghantaran vaksin asing.

Iran akan memberi tumpuan kepada penggunaan tiga vaksin COVID-19 buatan tempatan, termasuk Sputnik V Rusia dan vaksin yang dihasilkan bersama dengan Cuba, kata jurucakap pemerintah semasa, Ali Rabiei, awal Selasa. Pemerintah Raisi mengambil alih pada awal Ogos.

Pemberian vaksin COVIran Barakat, yang dikembangkan oleh konglomerat yang terkait dengan pemerintah dimulakan minggu ini, kata Encik Rabiei seperti ditukil media tempatan.

Setakat ini, 83,217 daripada 83 juta penduduk Iran meninggal dunia akibat koronavirus.

Iran melancarkan ujian COVIran pada Disember dan sejak itu telah memulakan ujian klinikal sekurang-kurangnya bagi tiga vaksin lain.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan