Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Vaksinasi COVID-19, meningitis, demam selesema musiman wajib bagi jemaah haji

Anggaran Waktu Membaca:
RIYADH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengingatkan jemaah haji pada tahun ini supaya mengambil vaksinasi wajib yang diperlukan, lapor Saudi Gazette.

Menurut kenyataan kementerian itu pada Jumaat (5 Mei), mereka perlu mendapatkan suntikan lengkap dos vaksin COVID-19.

Selain itu, bakal jemaah juga perlu mendapatkan suntikan vaksin penyakit meningococcal jika belum melakukannya dalam tempoh lima tahun lalu.

Mereka juga wajib mendapatkan suntikan vaksin demam selesema musiman, jika belum melakukannya dalam musim ini.

Semua suntikan vaksin itu perlu dilakukan sekurang-kurangnya 10 hari sebelum bermulanya ibadah haji.

Langkah itu, katanya, untuk memastikan musim haji berlangsung dalam keadaan selamat dan sihat.

Kementerian Haji dan Umrah bulan lalu memaklumkan bahawa mendapatkan vaksinasi itu adalah penting sebagai syarat untuk mendapatkan permit haji bagi jemaah dalam negeri.
Sumber : Agensi berita/SU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan