Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Vaksinasi COVID-19 India cecah 2 bilion; jumlah kes baru tertinggi dalam empat bulan

Anggaran Waktu Membaca:
Vaksinasi COVID-19 India cecah 2 bilion; jumlah kes baru tertinggi dalam empat bulan

Seorang pekerja kesihatan menyuntik seorang belia dengan dos vaksin Covaxine untuk remaja dalam kumpulan umur 15-18, di sebuah sekolah di Bhopal pada 3 Januari 2022. (Gambar: Gagan Nayar/AFP)

Diterbitkan : 17 Jul 2022 06:47PM Dikemas Kini : 17 Jul 2022 06:48PM
NEW DELHI: Suntikan vaksin COVID-19 pemerintah India sudah mencecah 2 bilion pada Ahad (17 Jul).

Orang dewasa di India diberikan suntikan dos penggalak sedang kes jangkitan harian mencapai jumlah tertinggi dalam empat bulan, menurut data rasmi.

Perdana Menteri, Narendra Modi memberikan pujian atas pencapaian vaksinasi itu dan meraikan kempen suntikan vaksin terbesar dan paling lama dijalankan di dunia. Kempen tersebut dimulakan tahun lalu.

"India mencipta sejarah sekali lagi," tulis Encik Modi dalam catatan Twitternya.

Perdana Menteri itu dituduh pihak pembangkang kerana tidak mengendalikan pandemik dengan betul.

Para pakar mendakwa bahawa kelakuan beliau sudah menyebabkan jutaan orang maut. Namun, pemerintah menolak dakwaan tersebut.

Data daripada Kementerian Kesihatan India menunjukkan bahawa jumlah mereka yang maut akibat COVID-19 adalah 525,709 dengan 49 kematian direkodkan dalam satu malam.

Kes baru meningkat 20,528 dalam masa 24 jam yang lalu. Ia merupakan jumlah yang tertinggi sejak 20 Februari, menurut data yang dikumpulkan oleh Reuters.

Negara dengan 1.35 bilion penduduk itu sudah memansuhkan kesemua perintah sekatan COVID-19 dan perjalanan antarabangsa sudah pulih dengan baik.

Kira-kira 80 peratus daripada suntikan itu adalah vaksin AstraZeneca yang dibuat di dalam negara, dipanggil Covishield.

Vaksin lain termasuk Covaxin dan Corbevax yang juga dihasilkan di dalam negara, serta Sputnik V Rusia.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan