Vaksin terkini keluaran Moderna, Pfizer dapat maklum balas memberangsangkan terhadap varian baharu COVID-19
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP)
WASHINGTON: Moderna dan pesaingnya Pfizer pada Rabu (6 Sep) menyatakan vaksin COVID-19 keluarannya yang dikemas kini menjana tindak balas yang kukuh dalam ujian terhadap subvarian BA.2.86 yang mudah bermutasi yang telah menimbulkan kebimbangan tentang kemunculan semula jangkitan virus tersebut.
Menurut Moderna, suntikan vaksinnya berupaya menjana peningkatan 8.7 kali ganda dalam meneutralkan antibodi terhadap jangkitan BA.2.86 berbanding dengan tindak balas antibodi semula jadi yang tidak dirawat dalam ujian klinikal pada manusia. Varian itu kini sedang dipantau oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat.
"Kami rasa ini satu berita yang ingin didengari oleh orang ramai ketika mereka bersiap sedia untuk keluar dan mendapatkan dos penggalak musim luruh ini," kata ketua penyakit berjangkit Moderna Jacqueline Miller dalam satu temu bual, sambil menambah bahawa data itu juga akan membantu meyakinkan pihak pengawal selia.
Menurut Pfizer, vaksinnya yang dikemas kini dengan rakan kongsi BioNTech mencetuskan tindak balas antibodi yang kuat terhadap BA.2.86 dalam kajian praklinikal pada tikus.
Moderna, Pfizer/BioNTech dan pendatang baharu dalam pasaran vaksin COVID-19 Novavax telah mencipta versi vaksin mereka yang disasarkan untuk subvarian XBB.1.5, varian dominan sepanjang tahun 2023. Ia dijangka akan dilancarkan pada musim luruh ini.
Saham Moderna jatuh 1.6 peratus dan saham Pfizer pula susut hampir 3 peratus pada sesi dagang sebelah petang.
Penganalisis TD Cowen, Tyler Van Buren berkata berita pada Rabu tidak mungkin menaikkan harga saham kerana orang ramai sudah menganggap vaksin mRNA akan terus berkesan terhadap varian baharu COVID-19 jika ia muncul kelak. Kedua-dua suntikan vaksin Moderna dan Pfizer/BioNTech adalah berdasarkan teknologi mRNA.
CDC sebelum ini menyatakan bahawa BA.2.86 mungkin lebih berupaya menyebabkan jangkitan pada mereka yang sebelum ini menghidap COVID-19 atau telah divaksin dengan suntikan sebelumnya. Varian Omicron ini membawa lebih daripada 35 mutasi dalam bahagian utama virus tersebut berbanding dengan XBB.1.5, yang menjadi sasaran suntikan vaksin yang dikemas kini.
Menurut Moderna, ia sudah berkongsi penemuan baharu mengenai vaksinnya dengan pihak pengawal selia dan menyerahkannya untuk disemak dan dinilai. Suntikan vaksin itu masih belum diluluskan oleh Jabatan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat, tetapi dijangka tersedia pada akhir bulan ini atau awal Oktober.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.