Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Vaksin semburan hidung diluluskan di India, WHO akan pantau

Anggaran Waktu Membaca:
Vaksin semburan hidung diluluskan di India, WHO akan pantau

Gambar mikroskop elektron penularan SARS-CoV-2, virus yang menyebabkan COVID-19. (Gambar fail: AFP, edaran Institut Alahan dan Penyakit Berjangkit Nasional)

NEW DELHI: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan pada Khamis (7 Sep) bahawa vaksin semburan hidung boleh membantu mengawal pandemik COVID-19.

Ia mengalu-alukan kaedah baru memerangi COVID itu selepas produk sedemikian diluluskan di China dan India pada 6 September.

Vaksin yang dipanggil iNCOVACC itu berdasarkan teknologi yang diberi lesen dari Universiti Washington di St. Louis dan hasil kerjasama universiti tersebut dengan Bharat Biotech International Limited di India.

Menurut WHO, vaksin sedemikian menjadi pertahanan barisan pertama dan berpotensi mencegah seseorang daripada dijangkiti dan menyebarkan virus itu.

Namun demikian, WHO menyatakan ia masih mahu melihat dahulu data penggunaan vaksin semburan hidung itu sebelum membuat keputusan untuk meluluskannya.
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan