Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Vaksin selamatkan 20 juta nyawa pada tahun pertama: kajian

Anggaran Waktu Membaca:
Vaksin selamatkan 20 juta nyawa pada tahun pertama: kajian

Gambar: AFP

Diterbitkan : 24 Jun 2022 12:59PM Dikemas Kini : 24 Jun 2022 12:59PM
PARIS: Vaksin COVID-19 berjaya mencegah hampir 20 juta kematian pada tahun pertama selepas ia diperkenalkan, menurut kajian pemodelan besar pertama mengenai topik itu yang dikeluarkan pada Jumaat (24 Jun).

Kajian yang diterbitkan dalam Penyakit Berjangkit The Lancet, adalah berdasarkan data dari 185 negara dan wilayah yang dikumpul dari 8 Disember 2020 hingga 8 Disember 2021.

Ia adalah percubaan pertama untuk menganggarkan jumlah kematian yang dicegah secara langsung dan tidak langsung akibat vaksinasi COVID-19.

Kajian itu mendapati 19.8 juta kematian berjaya dihalang daripada potensi 31.4 juta kematian yang akan berlaku jika tiada vaksin tersedia, yakni pengurangan sebanyak 63 peratus.

Kajian itu menggunakan angka rasmi - atau anggaran apabila data rasmi tidak tersedia - bagi kematian akibat COVID-19, serta jumlah lebihan kematian dari setiap negara.

Kematian berlebihan ialah perbezaan antara jumlah orang yang meninggal dunia dari semua sebab dan jumlah kematian yang dijangka berdasarkan data lalu.

Analisis itu dibandingkan dengan senario alternatif hipotesis di mana tiada vaksin diberikan.

Model terbabit menyumbang kepada variasi dalam kadar vaksinasi merentas negara, serta perbezaan dalam keberkesanan vaksin berdasarkan jenis vaksin yang diketahui digunakan di setiap negara.

China tidak disertakan dalam kajian itu kerana jumlah penduduknya yang besar dan langkah pembendungan ketat, yang akan menjejaskan keputusan, katanya.

Kajian itu mendapati negara berpendapatan tinggi dan sederhana menyumbang kepada jumlah kematian terbesar yang dapat dielakkan, 12.2 juta daripada 19.8 juta, mencerminkan ketidaksamaan dalam akses kepada vaksin di seluruh dunia.

Hampir 600,000 kematian tambahan boleh dicegah jika matlamat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk memvaksin 40 peratus penduduk setiap negara menjelang akhir tahun 2021 tercapai.

"Berjuta-juta nyawa mungkin telah diselamatkan dengan menyediakan vaksin kepada orang di seluruh dunia," kata pengarang utama kajian, Oliver Watson dari Imperial College London.

"Kami boleh melakukan lebih banyak lagi," katanya.

Secara rasmi, COVID-19 telah membunuh lebih 6.3 juta orang di seluruh dunia, menurut WHO.

Namun, menurutnya bulan lalu, jumlah sebenar mungkin setinggi 15 juta, apabila semua punca langsung dan tidak langsung diambil kira.

Angka itu sangat sensitif kerana mencerminka cara pengendalian krisis oleh pihak berkuasa di seluruh dunia.

Virus itu semakin meningkat di beberapa tempat, termasuk di Eropah. Kemunculan subvarian Omicron sebahagiannya dikatakan akibat cuaca yang kembali panas.
Sumber : AFP/SU/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa