Vaksin Pfizer-BioNTech boleh disimpan sehingga sebulan dalam peti sejuk
Jabatan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat pada Rabu (19 Mei) meluluskan penyimpanan vaksin COVID-19 keluaran Pfizer dan rakan kerjanya dari Jerman, BioNTech pada suhu pembeku standard bagi tempoh sehingga sebulan, dalam usaha untuk menjadikan vaksin lebih banyak tersedia.
(Gambar: Reuters)
WASHINGTON: Jabatan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat pada Rabu (19 Mei) meluluskan penyimpanan vaksin COVID-19 keluaran Pfizer dan rakan kerjanya dari Jerman, BioNTech pada suhu pembeku standard bagi tempoh sehingga sebulan, dalam usaha untuk menjadikan vaksin lebih banyak tersedia.
Bebuli vaksin yang belum dibuka dan dicairkan boleh disimpan di dalam peti sejuk pada suhu 2 hingga 8 darjah Selsius bagi tempoh sehingga sebulan, lebih lama berbanding had maksimum sebelumnya.
"Perubahan ini dijangka akan menjadikan vaksin lebih tersedia untuk rakyat Amerika dengan mempermudahkan kemampuan penyedia vaksin, seperti pejabat doktor masyarakat, untuk menerima, menyimpan dan mentadbir vaksin," kata Peter Marks, Pengarah Pusat Penilaian Biologi dan Kajian FDA.
Perubahan ini sangat penting bagi kemudahan-kemudahan Amerika Syarikat dan global yang mempunyai infrastruktur pengangkutan dan penyimpanan yang lemah.
Pada Februari, agensi kesihatan Amerika Syarikat meluluskan penyimpanan dan pengangkutan vaksin pada suhu pembeku standard bagi tempoh sehingga dua minggu berbanding dalam persekitaran sangat sejuk.
Pada awal hari yang sama, Health Canada menyatakan ia meluluskan penyimpanan vaksin pada suhu peti sejuk standard bagi tempoh sehingga sebulan untuk memberikan lebih banyak kelonggaran kepada rancangan pengedaran.
Vaksin itu diluluskan bagi kegunaan darurat pada Disember dengan label yang memerlukannya disimpan pada suhu antara -80 darjah Selsius hingga -60 darjah Selsius, yang bermakna ia harus dihantar dalam bekas-bekas yang direka khas.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.