Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Vaksin COVID-19 Oxford hasilkan tindak balas kekebalan dalam warga emas dan muda

Vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh Universiti Oxford menghasilkan tindak balas kekebalan dalam kalangan warga emas dan muda manakala kesan buruknya dalam kalangan warga emas adalah lebih rendah, kata syarikat pembuat ubat-ubatan Britain AstraZeneca pada Isnin (26 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Vaksin COVID-19 Oxford hasilkan tindak balas kekebalan dalam warga emas dan muda

(Gambar: Dado Ruvic/REUTERS)

Diterbitkan : 26 Oct 2020 06:56PM Dikemas Kini : 26 Oct 2020 06:59PM

LONDON: Vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh Universiti Oxford menghasilkan tindak balas kekebalan dalam kalangan warga emas dan muda manakala kesan buruknya dalam kalangan warga emas adalah lebih rendah, kata syarikat pembuat ubat-ubatan Britain AstraZeneca pada Isnin (26 Okt).

Vaksin yang berkesan dilihat sebagai pencetus perubahan dalam pertarungan melawan virus korona, yang sudah meragut lebih 1.15 juta nyawa, merencatkan ekonomi sejagat dan menjejas kehidupan manusia di merata dunia.

The Financial Times melaporkan bahawa vaksin itu, yang dibangunkan oleh Oxford dan AstraZeneca, mencetuskan antibodi perlindungan dan sel-T pada kumpulan lebih berusia. Ia menukil dua orang yang mengikuti perkembangan dapatan itu.

Ujian darah imunogenik yang dilakukan ke atas sebilangan peserta lebih berusia menunjukkan data serupa dengan yang dikeluarkan pada Julai yang menunjukkan vaksin itu menghasilkan "tindak balas imun yang kuat" dalam sekumpulan orang dewasa yang sihat berusia antara 18 dengan 55 tahun, lapor akhbar itu.

"Dapatan itu menambah kumpulan maklumat bagi keselamatan dan imunogenik AZD1222," kata jurucakap AstraZeneca kepada Reuters.

Perincian mengenai dapatan itu dijangka akan diterbitkan dalam sebuah jurnal klinikal kelak, lapor Financial Times, tanpa menamakan penerbitan itu.

AstraZeneca, yang membangunkan vaksin bersama para pengkaji Universiti Oxford, dilihat sebagai mendahului perlumbaan untuk menghasilkan vaksin terhadap COVID-19.

Setiausaha Kesihatan Britain Matt Hancock berkata bahawa sebuah vaksin belum lagi siap walaupun beliau sedang menyiapkan logistik untuk kemungkinan satu pelancaran. Beliau menjangkakan pengagihan itu akan berlaku pada separuh pertama 2021.

Sumber : Reuters/TQ/tq

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan