Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Vaksin COVID-19 didaftar seluruh dunia cecah 10.14 bilion dos

Anggaran Waktu Membaca:
Vaksin COVID-19 didaftar seluruh dunia cecah 10.14 bilion dos

Seorang pekerja kesihatan menyuntik seorang belia dengan dos vaksin Covaxine untuk remaja dalam kumpulan umur 15-18, di sebuah sekolah di Bhopal pada 3 Januari 2022. (Gambar: Gagan Nayar/AFP)

Diterbitkan : 12 Feb 2022 07:59AM Dikemas Kini : 12 Feb 2022 08:00AM

WASHINGTON: Jumlah dos vaksin COVID-19 yang didaftar atau disuntik di seluruh dunia berjumlah lebih 10.14 bilion setakat ini.

Data juga mendedahkan, China terus mendahului dengan lebih 3 bilion dos vaksin sudah didaftarkan di negara itu.

Ini diikuti India dengan lebih 1.71 bilion dos, manakala Amerika Syarikat dengan lebih 542 juta dos vaksin.

Brazil mencatat lebih 373 juta dos didaftarkan, sementara Jepun dengan lebih 211 juta, manakala Turki, Jerman dan Mexico mencatat angka melepasi 100 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia jauh di hadapan negara lain dengan mendaftarkan lebih 328 juta dos.

Ini diikuti Filipina 129 juta, manakala Thailand melebihi 119 juta dan Malaysia pula lebih 64 juta.

Singapura melepasi 13 juta dos vaksin yang didaftarkan.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan