Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Vaksin COVID-19 bakal diagih kepada negara termiskin dunia dalam masa beberapa minggu

Negara-negara paling miskin di dunia boleh menjangkakan dos pertama vaksin COVID-19 antara penghujung Januari dengan pertengahan Februari, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis (7 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Vaksin COVID-19 bakal diagih kepada negara termiskin dunia dalam masa beberapa minggu

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 08 Jan 2021 11:16AM Dikemas Kini : 08 Jan 2021 11:22AM

GENEVA: Negara-negara paling miskin di dunia boleh menjangkakan dos pertama vaksin COVID-19 antara penghujung Januari dengan pertengahan Februari, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis (7 Jan).

Vaksinasi sudahpun dijalankan di beberapa negara mewah, termasuk Amerika Syarikat, Britain, negara-negara Kesatuan Eropah dan Kanada.

COVAX, yang merupakan usaha pemerolehan dan pengedaran vaksin yang dikumpulkan secara global, memeterai perjanjian untuk membekalkan dua bilion dos vaksin - dan kumpulan vaksin yang pertama akan mula diagihkann dalam masa beberapa minggu akan datang, kata ketua vaksin WHO Kate O'Brien.

Apabila ditanya seberapa cepat negara-negara miskin di Afrika akan memperolehi vaksin, Cik O'Brien berkata memberitahu sidang media sosial WHO: "Kemudahan itu mempunyai akses kepada lebih daripada dua bilion dos vaksin.

"Kami akan mula mengedarkan vaksin-vaksin tersebut mungkin menjelang akhir Januari, dan jika tidak, pastinya menjelang awal Februari dan pertengahan Februari.

"Ini caranya bagaimana negara-negara di Afrika dan Asia Selatan, dan negara-negara lain di seluruh dunia dalam kalangan 92 negara yang tidak mampu membeli vaksin, akan memperolehi vaksin," dedah beliau selanjutnya.

Sumber : AFP/HA/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa