Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Vaksin COVID-19 bagi 2024-2025 perlu tumpu varian JN.1, kata penasihat FDA Amerika

Anggaran Waktu Membaca:
Vaksin COVID-19 bagi 2024-2025 perlu tumpu varian JN.1, kata penasihat FDA Amerika

Gambar: iStock

Diterbitkan : 06 Jun 2024 04:46PM Dikemas Kini : 06 Jun 2024 04:49PM
NEW YORK: Penasihat Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) pada Rabu (5 Jun) sebulat suara mengundi menyokong syor vaksin COVID-19 diguna bagi 2024-2025, harus menyasarkan varian JN.1 yang dominan tahun ini.

16 penasihat itu bagaimanapun tidak mengundi sama ada mahu memilih kekal memberi tumpuan kepada varian asal JN.1 atau kepada salah satu penggantinya seperti jujukan KP.2, yang dominan pada ketika ini.

Namun, ketika perbincangan, mereka tegas mengesyorkan penggunaan vaksin bagi varian JN.1 iaitu varian yang dapat ditangani Novavax, satu-satunya pembuat vaksin yang yakin dapat mencegahnya dengan dos vaksin keluarannya.

Pengarah Pusat Penilaian Biologi dan Penyelidikan FDA, Peter Marks, berkata mereka mahu memberi orang ramai pilihan jika mahu menerima vaksin bagi varian KP.2.

"Kami juga mendengar dengan jelas daripada semua ahli termasuk mereka yang berpendapat tidak perlu ada pilihan seumpamanya pada masa ini," katanya.

Walaupun agensi itu lazimnya mengikut cadangan penasihatnya apabila ia membuat keputusan muktamad, ia tidak diwajibkan untuk melakukannya.

Saham Novavax melonjak 18 peratus pada Rabu, manakala Moderna ditutup naik hampir 6.5 peratus dan saham Pfizer berakhir lebih tinggi sedikit.

Sebelum ini, pembuat vaksin COVID-19, berkata data daripada kajian haiwan menunjukkan vaksin 2024-2025 menyasarkan varian JN.1 yang dominan pada awal tahun ini.

Ia dijangka boleh meneutralkan subvarian baharu seperti KP.2 jauh lebih baik berbanding daripada dos terdahulu.

Pfizer dan rakan kongsi BioNTech, memaklumkan, mereka bersedia untuk membekalkan serta-merta vaksin terkini selepas diluluskan, manakala Moderna meramalkan dapat berbuat demikian menjelang Ogos.

Pfizer dan Moderna berkata, mereka bersedia membekalkan vaksin yang menyasarkan varian JN.1 atau KP.2.

Vaksin berdasarkan RNA messenger (mRNA) daripada Moderna dan Pfizer/BioNTech boleh dibangunkan dengan lebih cepat, dengan Pfizer sebelum ini berkata ia boleh menghasilkan dos suntikan dalam 100 hari.

Novavax, yang membuat suntikan berasaskan protein lebih tradisional, berkata ia menjangka akan bersedia untuk memasarkan vaksin JN.1 secara komersil di AS pada September.
Sumber : CNA/SU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan