Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Utusan Khas PBB tiba di Myanmar buat pertama kali sejak dilantik Okt lalu

Anggaran Waktu Membaca:

AP: Utusan Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Myanmar melakukan lawatan ke negara Asia Tenggara itu pada Isnin (15 Ogos) kali pertama sejak beliau dilantik ke jawatan tersebut pada Oktober tahun lalu.  

Lawatan Cik Noeleen Heyzer diadakan selepas Majlis Keselamatan PBB menggesa Myanmar supaya menghentikan semua bentuk keganasan dan memberi akses kemanusiaan tanpa sebarang halangan di negara yang terjejas teruk akibat konflik itu. 

Cik Heyzer "akan memberi tumpuan kepada usaha untuk menghuraikan situasi yang semakin memburuk di negara tersebut dan isu-isu yang mencetuskan keprihatinan serta bidang-bidang keutamaan lain dalam mandat beliau," kata jurucakap PBB Stephane Dujarric. 

Beliau bagaimanapun tidak memberikan perincian sama ada Cik Heyzer akan bertemu dengan pemerintah tentera Myanmar atau bekas pemimpin Myanmar yang dikurung, Aung San Suu Kyi. 

Cik Suu Kyi pada Isnin (15 Ogos) didapati bersalah atas empat tuduhan rasuah, sekali gus menambah lagi enam tahun kepada hukuman penjara selama 11 tahun yang dikenakan sebelum ini. 

Lawatan Cik Heyzer "diadakan menyusuli rundingan meluas bersama beberapa pihak politik, masyarakat awam serta masyarakat yang terjejas akibat konflik yang sedang berlaku," kata Encik Dujarric. 

Cik Heyzer, aktivis hak asasi wanita dari Singapura, mengetuai UNIFEM, iaitu sebuah pertubuhan pembangunan PBB yang menumpukan perhatian kepada usaha merangsang kemajuan ekonomi wanita, antara 1994 hingga 2007. 

Beliau adalah wanita pertama yang memegang jawatan setiausaha eksekutif Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial PBB bagi Asia dan Pasifik dari 2007 hingga 2014. 

Sumber : AP/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan