Skip to main content

Dunia

Utusan Khas PBB ke Myanmar mulakan rundingan dengan pegawai junta

Anggaran Waktu Membaca:
Utusan Khas PBB ke Myanmar mulakan rundingan dengan pegawai junta

Cik Noeleen Heyzer (tengah) tiba di lapangan terbang di Yangon. (Gambar: AFP/Myanmar's Military Information Team)

NAYPYIDAW: Utusan Khas baru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Myanmar memulakan pertemuan dengan pegawai junta pada Rabu (16 Ogos), namun tidak mengesahkan sama ada beliau akan bertemu dengan pemimpin Aung San Suu Kyi yang disingkirkan.

Lawatan Cik Noeleen Heyzer ke Myanmar bermula Selasa (16 Ogos), "bagi memberi tumpuan kepada usaha menangani keadaan yang semakin teruk dan kebimbangan mendesak serta beberapa perkara lain", menurut UN.

Jurucakap junta tentera, Zaw Min Tun, berkata Cik Heyzer dijadualkan bertemu dengan Menteri Hal Ehwal Luar junta dan ketuanya, Min Aung Hlaing, pada Rabu.

Masih belum jelas sama ada beliau akan cuba bertemu dengan Cik Suu Kyi, yang ditahan sejak kudeta tentera. Hukuman penjara Cik Suu Kyi ditambah kepada 17 tahun pada Isnin (15 Ogos) dalam satu mahkamah rahsia junta.

Cik Heyzer tidak segera menjawab pertanyaan AFP sama ada beliau akan bertemu dengan Cik Suu Kyi.

Myanmar terus berada dalam keadaan huru-hara sejak tentera merampas kuasa pada Februari 2021, menyebabkan tentangan hebat dan melahirkan banyak kumpulan penentang.

Usaha diplomatik PBB dan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) untuk menghuraikan krisis itu hanya berjaya mencapai sedikit kemajuan.

Ahli sosiologi dari Singapura, Cik Heyzer, dilantik oleh Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres tahun lalu, menggantikan diplomat Switzerland, Christine Schraner Burgener.

Pada Disember lalu, media negara melaporkan pihak junta menutup pejabat Cik Schraner di Myanmar, sambil menyatakan tugasnya di Myanmar sudah"berakhir".

Tidak ada laporan setakat ini sama ada Cik Heyzer akan dibenarkan untuk membuka sebuah pejabat di negara itu.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita