Utusan Amerika sifatkan situasi di Laut China Selatan sangat membimbangkan
Anggaran Waktu Membaca:

Penolong Setiausaha Negara Amerika Syarikat bagi Ehwal Asia Timur dan Pasifik Daniel Kritenbrink. (Gambar fail: Jacquelyn Martin/AP)
HANOI: Penolong Setiausaha Negara Amerika Syarikat bagi Ehwal Asia Timur dan Pasifik Daniel Kritenbrink pada Sabtu (22 Jun) berkata bahawa situasi di Laut China Selatan sangat membimbangkan.
Beliau menambah bahawa tindakan China di perairan yang dipertikaikan itu "amat menggugat kestabilan".
Demikian menurut Encik Kritenbrink dalam lawatannya ke Hanoi, di tengah-tengah ketegangan yang kian memuncak antara China dan Filipina di Laut China Selatan, dengan Vietnam juga merupakan antara pihak yang menuntut hak ke atas perairan itu.
"Kami berpendapat bahawa tindakan China, terutama sekali tindakannya baru-baru ini, di sekitar Second Thomas Shoal, yang terletak bertentangan dengan Filipina, tidak bertanggungjawab, agresif, berbahaya dan amat menggugat kestabilan," kata Encik Kritenbrink semasa mengadakan taklimat bagi media tertentu di Hanoi.
"Kami akan terus berdiri teguh dengan sekutu kami Filipina," tegas Encik Kritenbrink, sambil menambah bahawa Washington telah menjelaskan, secara terbuka dan tertutup, kepada Beijing bahawa syarat-syarat perjanjian pertahanan Amerika dengan Filipina sangat "kukuh".

Sumber : Reuters/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.