Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Utara China dilanda hujan lebat, puluhan ribu penduduk dipindahkan

Anggaran Waktu Membaca:


BEIJING: Berjuta-juta orang di utara China, termasuk ibu kota Beijng, terus diletakkan di bawah amaran berjaga-jaga tertinggi, selepas Taufan Doksuri melanda wilayah tenggara Fujian pada Jumaat (28 Jul).

Ia adalah amaran tertinggi yang pertama dikeluarkan dalam tempoh lebih 10 tahun.


Amaran tersebut merangkumi 22 juta penduduk di Beijing dan 14 juta di Tianjin, serta wilayah Hebei, Shanxi, Shandong dan Henan.

Pasukan penyelamat sedang meneruskan gerakan mencari penduduk yang terperangkap dalam rumah, dengan paras banjir mencapai ketinggian tiga meter di beberapa kawasan.

Berpuluh-puluh ribu orang telah dipindahkan dari kawasan banjir di Beijing pada hujung minggu.

Penduduk juga dinasihatkan untuk berada di dalam rumah.


Syarikat-syarikat turut diberitahu untuk tidak memaksa kakitangan mereka datang kerja kecuali diperlukan.

Tempat-tempat kunjungan popular telah ditutup buat sementara waktu.

Beberapa perkhidmatan kereta api dan bas juga dihentikan.

Sumber : AGENCIES/MM/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan