Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Utah, AS negeri pertama hadkan penggunaan media sosial dalam kalangan remaja

Anggaran Waktu Membaca:
Utah, AS negeri pertama hadkan penggunaan media sosial dalam kalangan remaja

Ikon aplikasi media sosial (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 25 Mar 2023 04:43PM Dikemas Kini : 25 Mar 2023 05:16PM
BANDARAYA SALT LAKE: Utah di Amerika Syarikat (AS) bakal menjadi negeri pertama yang mengehadkan penggunaan Facebook, Twitter, Instagram dan platform media sosial lain dalam kalangan remaja.

Demikian menurut laporan Xinhua.

Langkah itu selepas Utah menandatangani undang-undang mengenai akses media sosial untuk pengguna di bawah umur 18 tahun. 

"Kami tidak mahu lagi membiarkan syarikat media sosial terus membahayakan kesihatan mental golongan belia kami," kata Gabenor Utah Spencer Cox di Twitter.

Menurut laporan New York Times, ia adalah undang-undang negeri pertama di AS yang melarang perkhidmatan media sosial daripada membenarkan pengguna di bawah 18 tahun memiliki akaun tanpa kebenaran ibu bapa atau penjaga. 

Encik Cox menandatangani undang-undang itu pada Khamis (23 Mac) yang bertujuan untuk mengehadkan masa mereka menggunakan media sosial dan menghalang syarikat daripada mempengaruhi golongan itu.

Undang-undang baru yang dijadual berkuat kuasa pada 1 Mac 2024 itu mewajibkan perkhidmatan media sosial untuk menyekat pengguna di Utah yang di bawah umur daripada mengakses akaun media mereka dari pukul 10.30 malam hingga pukul 6:30 pagi.

Tetapan masa itu hanya boleh diubah oleh ibu bapa atau penjaga.
 
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan