Usul undi yakin, pelantikan Speaker tumpuan hari pertama persidangan Dewan Rakyat M'sia
Anggaran Waktu Membaca:

Bangunan Parlimen Malaysia.
KUALA LUMPUR: Pembentangan usul undi yakin dan pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat baru adalah antara tumpuan hari pertama persidangan Parlimen bagi Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim.
Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 akan berlangsung selama dua hari bermula pada Isnin (19 Dis).
Pembentangan usul undi yakin bagi keabsahan pelantikan Encik Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia bertujuan untuk membuktikan beliau mendapat sokongan Ahli Parlimen bagi memimpin kerajaan baru.
Ini setelah keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 Malaysia menyaksikan tiada parti atau gabungan politik mendapat majoriti mudah.
Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang menang pada PRU-15 juga akan mengangkat sumpah jawatan.
Pada 2 Disember lalu, media tempatan melaporkan, Encik Azhar Azizan Harun akan mengosongkan kedudukannya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat sebelum Parlimen bersidang.
Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul disebut-sebut menjadi pilihan Pakatan Harapan sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat, manakala Perikatan Nasional mencalonkan mantan Menteri Dalam Negeri Mohd Radzi Sheikh Ahmad.

Sumber : Bernama/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.