Skip to main content

Dunia

Usul tambahan dikemuka agar jawatan Presiden, Timbalan Presiden UMNO tidak dipertanding

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan UMNO Isham Jalil mengesahkan terdapat usul supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang.

Encik Isham berkata usul tersebut dibawa oleh perwakilan dari Negeri Sembilan dan disokong oleh perwakilan Terengganu, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Wanita.

“Namun, ia (usul) masih dibahaskan dan keputusan untuk ia diluluskan diketahui esok (14 Jan),” katanya pada sidang media pada Jumaat (13 Jan). 

Beliau berkata usul berkenaan merupakan usul tambahan daripada tujuh usul yang dibahaskan sewaktu Perhimpunan Agung UMNO 2022 pada Jumaat (13 Jan). 

Menjawab soalan mengenai alasan sesi perbahasan tidak disiarkan secara langsung seperti kelaziman seperti sebelum ini, Encik Isham berkata persidangan kali ini amat kritikal buat parti dan memerlukan perbincangan hati ke hati.

“Kalau perbincangan disiarkan secara langsung, ia akan menyebabkan keadaan tersekat-sekat. Bagaimanapun perkara ini bukanlah selama-lamanya dan tidak termaktub dalam Perlembagaan parti,” katanya.

Menyentuh mengenai tarikh pemilihan, Encik Isham berkata ia belum ditentukan tetapi ia perlu dilaksanakan sebelum 19 Mei tahun ini iaitu enam bulan selepas tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sebelum ini, seramai 140 Ketua UMNO Bahagian menyatakan solidariti agar dua jawatan utama parti tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita