Skip to main content

Dunia

Usul lakar Perjanjian M'sia baru tidak masuk akal, kata Menteri

Usul untuk membuat satu Perjanjian Malaysia baru adalah cadangan tidak masuk akal, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Anggaran Waktu Membaca:
Usul lakar Perjanjian M'sia baru tidak masuk akal, kata Menteri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Malaysia, Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. (Gambar fail: BERNAMA)

KUCHING: Usul untuk membuat satu Perjanjian Malaysia baru adalah cadangan tidak masuk akal, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata Perjanjian Malaysia sedia ada, yang dikenali sebagai MA63, adalah perjanjian dan komitmen yang telahpun dipersetujui semua pihak semasa pembentukan Persekutuan Malaysia.

Jelas beliau, apa yang dituntut Sabah dan Sarawak khususnya kini bukanlah untuk merunding semula perjanjian sedia ada tetapi menuntut perkara yang telahpun dipersetujui.

“Jika kita baca MA63 itu, kita boleh lihat di situ letaknya janji-janji kita untuk menarik Sarawak dan Sabah untuk tubuh Malaysia,” katanya kepada wartawan selepas majlis simbolik penyerahan lembu korban bagi Parlimen Santubong di Kuching hari ini (9 Jul).

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan, ketika berucap di Konvensyen BN Sabah di Penampang baru-baru ini, mencadangkan agar kepimpinan BN negeri itu mengusulkan Perjanjian Malaysia baru sebagai langkah lebih konkrit ke arah merealisasikan hak-hak dan tuntutan negeri sebagaimana yang termaktub dalam MA63.

Dr Wan Junaidi berkata antara isi kandungan perjanjian MA63 untuk mempengaruhi Sarawak membentuk Persekutuan Malaysia pada masa itu adalah pembangunan yang diketahui Semenanjung Malaysia lebih maju dari Sarawak.

“Ini adalah harapan semua pemimpin kita pada masa itu… adalah untuk Sarawak sama peningkatan, pembangunan dengan Semenanjung,” katanya.
Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita