Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ustaz mengaku tidak divaksin; bawa jemaah umrah tidak divaksin ke Saudi

Anggaran Waktu Membaca:
Ustaz mengaku tidak divaksin; bawa jemaah umrah tidak divaksin ke Saudi

(Gambar: @ustazabusyafiq/Instagram)

SHAH ALAM: Seorang ustaz yang juga penceramah bebas mengakui bahawa beliau yang membawa jemaah tidak divaksin ke Arab Saudi.

Pengakuan secara terbuka itu dikongsikan di laman Instagram miliknya pada Ahad (9 Jan). 

Bahkan, beliau juga turut mengakui bahawa dirinya juga tidak divaksin, menurut Astro AWANI. 

“Saya mengaku saya tidak vaksin dan bawa orang yang tidak vaksin ke Saudi. Vaksin MM. Sebab vaksin ini dah pupus.

“Ramai juga jemaah tak ambil pun vaksin ni. Seperti segala jenis vaksin lain akan pupus dan tamat tempoh.

“Vaksin juga adalah duit dan mata pencarian untuk mereka bergelar ‘pakar’,” katanya menerusi laman Instagram pada Ahad (9 Jan), seperti dinukil Astro AWANI. 

Pada 6 Januari lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan sejumlah 17 daripada 122 individu yang dijangkiti varian Omicron setakat 4 Januari lepas didapati tidak mempunyai rekod vaksinasi COVID-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya sedang menyiasat rekod pelawat dari luar negara yang tidak mempunyai sejarah vaksinasi sama ada mereka memiliki masalah kesihatan atau sebab lain, menurut Astro AWANI lagi.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan