Skip to main content

Dunia

'Ustaz Budak' didakwa di mahkamah kerana cabul lelaki

Mahkamah menetapkan ikat jamin RM3,000 ($990) dengan seorang penjamin serta sebutan semula kes pada 21 Januari depan untuk menyerahkan dokumen.

Anggaran Waktu Membaca:
'Ustaz Budak' didakwa di mahkamah kerana cabul lelaki

(Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 21 Dec 2020 01:53PM Dikemas Kini : 21 Dec 2020 01:54PM

KOTA BHARU: Seorang ustaz yang juga pengusaha madrasah di Kelantan yang lebih dikenali sebagai 'Ustaz Budak' hari ini (21 Dis) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Malaysia atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang lelaki di sebuah hotel, Rabu lalu.

Tertuduh, Syamsul Zaman Sukri, 32 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd Ibrahim Mohammad Ghulam.

Mengikut pertuduhan, Syamsul Zaman didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap seorang lelaki berusia 30 tahun termasuk mencium pipi mangsa pada 1.15 pagi, 16 Disember lalu di sebuah bilik hotel.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shahril Ramli manakala tertuduh diwakili peguam Siti Atikah Abd Halim.

Awal dari itu, Siti Atikah memohon jaminan minimum ditawarkan kerana tertuduh yang juga pengusaha madrasah di Machang perlu menguruskan 150 pelajar.

ā€œPendapatan tertuduh hanya RM2,500 ($820) hingga RM3,000 ($990) saja selain perlu menanggung ibu yang merupakan orang kurang upaya dan enam adik-beradik dengan ada yang masih bersekolah,ā€ katanya.

Mahkamah menetapkan ikat jamin RM3,000 ($990) dengan seorang penjamin serta sebutan semula kes pada 21 Januari depan untuk menyerahkan dokumen.

Sumber : Bernama/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita