Usahawan 12 tahun ini belanja besar anjur majlis bertema SG rai 'persaraan', sambut ulang tahun
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Instagram/pixiecurtis)
SYDNEY: Kalau kanak-kanak di Singapura yang berusia 12 tahun sedang sibuk mengulang kaji pelajaran sebagai persiapan bagi peperiksaan PSLE.
Seorang remaja 12 tahun bernama Pixie Curtis ini, sedang bersiap sedia untuk 'bersara'.
Malah, remaja warga Australia itu bakal berpindah ke Singapura mengikut keluarganya, menurut laman Your Story.
Pixie Curtis merupakan Ketua Pegawai Eksekutif sebuah empayar mainan, Pixie’s Fidgets, bernilai jutaan dolar. Menjelang 2023, dia meraih pendapatan lebih AUD$133,000 (S$117,000)sebulan, menurut Your Story lagi.
'Persaraan' Pixie Curtis itu juga adalah sebahagian daripada perancangannya serta galakan daripada ibunya, Roxy Jacenko, untuk kembali menumpukan perhatian kepada pelajaran.
Maka, Pixie Curtis memutuskan untuk mengadakan majlis meraikan 'persaraan' sekaligus menyambut hari jadinya.
Yang menariknya, Singapura menjadi tema pilihan bagi majlis tersebut dan ternyata ia bukan majlis biasa-biasa.
Majlis tersebut diadakan di sebuah restoran mewah, Matteo, di Sydney, lapor agensi berita PerthNow.
Cik Jacenko, yang juga pengasas bersama Pixie’s Fidgets dan seorang personaliti media, memberitahu news.com.au bahawa Pixie "ingin berkongsi kehidupan baharunya bersama rakan-rakanya, di mana ramai di antara mereka berada di sisinya sejak tadika".
Pixie sekeluarganya akan berpindah ke Singapura untuk menyertai bapanya, Oliver Curtis, yang bertugas di Singapura.

TEMA WARNA MERAH, HIASAN PATUNG KEK PAKAI 'CHEONGSAM'
Dewan majlis Pixie dihiasi hiasan berwarna merah, melambangkan Singapura, dari alas meja, kipas, bunga-bungaan hinggalah lampu.
Antara hidangan di restoran Matteo termasuk piza berharga A$33 (S$29), sepinggan kentang goreng A$13 (S$11) dan ikan merah berharga A$120 (S$105), lapor news.com.au.
Kek ulang tahun tiga lapis Pixie pula dihiasi dengan patung budak perempuan berambut merah dan perpakaian cheongsam, salah satu pakaian tradisional Singapura, seperti dilaporkan PerthNow.
Usahawan muda itu kemudian meneruskan acara dengan menempah seluruh satu tingkat di hotel lima bintang Crown Hotel di Sydney.
Beg cenderahati yang Pixie berikan kepada rakan-rakanya diisi penuh dengan produk kecantikan jenama Mecca, dipercayai setiap beg bernilai AUD$50 (S$44), menurut Your Story.
Cik Jacenko tidak mendedahkan bajet sambutan itu namun berkata mereka berbelanja besar dan "pengalaman" itu melebihi kos yang dibelanjakan.
Menurut Perth Now, sambutan ulang tahun ke-11 Pixie bertema kelab malam dilaporkan menelan belanja A$40,000 (S$35,000).
Perjalanan Pixie dalam dunia perniagaan bermula pada 2021 apabila dia dan ibunya menubuhkan Pixie's Fidgets.
Mereka pada mulanya menjual reben rambut tetapi mengubah haluan perniagaan dengan menjual 'fidget spinner' semasa pandemik, sehingga berkembang menjadi sebuah empayar bernilai jutaan dolar, menurut Your Story.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.