Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Usaha selamatkan budak jatuh dalam perigi capai tahap paling bahaya

Usaha mencari budak lelaki berusia dua tahun yang jatuh ke dalam perigi di selatan Sepanyol lebih seminggu lalu menghampiri tahap paling bahaya, kata seorang jurutera pasukan penyelamat semalam (21 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Usaha selamatkan budak jatuh dalam perigi capai tahap paling bahaya

Perigi sempit berukuran 25 sentimeter (Gambar: Bomberos de Malaga)

Diterbitkan : 22 Jan 2019 09:27AM Dikemas Kini : 22 Jan 2019 09:30AM

TOTALAN: Usaha mencari budak lelaki berusia dua tahun yang jatuh ke dalam perigi di selatan Sepanyol lebih seminggu lalu menghampiri tahap paling bahaya, kata seorang jurutera pasukan penyelamat semalam (21 Jan).

Budak berkenaan, Julen Roselló, jatuh ketika keluarganya bersiar-siar di sebuah estet privet di Totalan, Malaga, pada 13 Januari lalu. Tiada petunjuk sama ada dia masih hidup.

Para pelombong bekerja siang dan malam untuk menggali lubang yang diharap dapat membuka laluan bagi mereka mencari budak berkenaan.

Kerja diperlahankan pada Ahad selepas penggerudi terkena batu keras dan pegawai berkata ada risiko lebih banyak runtuhan berlaku ketika menghasilkan laluan melintang.

“Ini bahagian paling bahaya, paling rumit, tetapi masih perlu dilakukan.

“Ia tugas sukar kerana nyawa-nyawa dalam risiko tetapi mereka sudah berlatih dan mereka yang terbaik,” jurutera lombong, Juan Lopez Escobar memberitahu Canal Sur.

Para penyelamat mendapati perigi sedalam 100 meter dan cuma 25 sentimeter luas itu dihalang dengan tanah, meningkatkan kebimbangan ia menimbus kanak-kanak itu.

“Kami pada paras 53 meter dan cuma ada tujuh meter lagi dari untuk memulakan usaha seterusnya menghasilkan ruang,” kata ketua jurutera yang memantau kerja itu, Angel Vidal.

Para pelombong dan jurutera Sepanyol disertai para pekerja sebuah firma Sweden yang membantu mengesan 33 pelombong Chile yang diselamatkan selepas terperangkap di bawah tanah selama 69 hari lebih tujuh tahun lalu.

Kanak-kanak dan keluarga-keluarga mengadakan acara menyalakan lilin di serata Sepanyol sebagai tanda sokongan bagi budak lelaki yang hilang itu.

El Pais melaporkan bahawa ibu bapanya menghadapi satu lagi tragedi pada 2017 apabila anak lelaki mereka berusia tiga tahun meninggal dunia secara tiba-tiba akibat serangan jantung sedang mereka bersiar-siar di pantai. 

Sumber : Reuters/EM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan