Usaha kawal banjir di Jakarta bermula lebih jauh ke hulu di Bogor
Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Pemerintah Indonesia menyasarkan program pemulihan Sungai Ciliwung di Jakarta dapat diselesaikan menjelang hujung tahun ini.
Program yang bertujuan melebarkan sungai tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif pengurusan banjir serta menjamin keselamatan bekalan air di ibu kota Indonesia itu.
Namun dari pengamatan Koresponden Saifulbahri Ismail, usaha mengawal banjir di Jakarta bermula lebih jauh ke hulu di wilayah berjiranan, Bogor.
Gunung Pangrango berdiri megah di daerah Bogor, wilayah Jawa Barat.
Berhampiran kaki gunung berapi yang tidak lagi aktif itu, terletak bermulanya Sungai Ciliwung.
Jarak sungai Ciliwung adalah kira-kira 120 kilometer dan ia merentasi Bogor dan Jakarta sebelum akhirnya mengalir keluar ke laut Jawa. Sungai tersebut memainkan peranan penting semasa penempatan awal Jakarta tetapi kini ia menjadi punca kejadian banjir di ibu kota negara.
Pada 2022, pihak berkuasa selesai membina empangan Ciawi dan Sukamahi di Bogor - iaitu empangan kering yang pertama di Indonesia.
Empangan kering tersebut merupakan kawasan tadahan yang direka untuk menampung lebihan air dari Sungai Ciliwung demi mengurangkan banjir di kawasan hilir.
Apabila berlaku hujan lebat yang berterusan di hulu sungai, paras air di empangan bakal naik dan ditampung buat sementara waktu.
Air dilepaskan pada kadar yang perlahan dan terkawal menerusi pintu-pintu pagar yang tersedia.
Ini mencegah sungai di hilir daripada melimpah, mengelakkan banjir di kawasan perumahan berdekatan.
Kedua-dua empangan kering Sukamahi dan Ciawi berupaya mengurangkan banjir di Jakarta sebanyak 30 peratus, dengan menampung air di kawasan-kawasan tadahan.
"Kami menggunakan terowongan di saluran itu untuk mengalirkan air dari hulu ke hilir. Saluran inilah yang berfungsi untuk membatasi air yang mengalir ke hilir, ke arah Jakarta. Ketika muka air di bendungan ini naik melewati terowongan tadi, itu sudah terjadi pembatasan air yang mengalir ke hilir. Ini adalah bangunan yang kita siapkan untuk menjangkakan keadaan alam," jelas Ketua, Pejabat Pengurusan Lembangan Sungai, Encik Bambang Heri Mulyono.
Empangan kering itu mampu mengawal jumlah air yang dilepaskan ke Jakarta.
Namun, usaha mengawal banjir tetap diperlukan di bahagian hilir.
Kawasan-kawasan kediaman berdekatan Sungai Ciliwung di Jakarta masih terus ditenggelami air.
Sebahagian sungai tersebut semakin sempit sejak bertahun-tahun lalu disebabkan penduduk yang menetap di tebing sungai, menyebabkan air sungai mudah melimpah.
Pihak berkuasa sedang melebarkan sebahagian sungai sebanyak 35 hingga 50 meter agar kembali kepada saiz asalnya.
Namun, hanya 17 kilometer daripada sungai sepanjang 33 kilometer di Jakarta itu, sudah dibaik pulih.
"Cabarannya klasik. Ada masalah tanah, masalah sijil berlapis, ada masalah penduduk tidak mahu dipindahkan. Tetapi semua itu kami tetap melaksanakan, kami sentiasa mendekati mereka. Kami terangkan kegunaan segala-galanya. Kami juga bekerjasama dengan BPN (Badan Pertanahan Nasional) untuk semua urusan surat menyurat," jelas Pemangku Setiausaha, Jabatan Sumber Daya Air Jakarta, Encik Hendri.
Manggarai di Jakarta Selatan adalah salah satu kawasan yang disertakan ke dalam program pemulihan sungai Ciliwung.
Kebakaran baru-baru ini memusnahkan beberapa rumah di Manggarai bersebelahan sungai.
Para penduduk yang terjejas sudah mula memperbaiki rumah dan membina semula kehidupan mereka.
Ia menunjukkan keyakinan mereka untuk tetap tinggal di situ, walaupun berdepan ancaman banjir.
Tetapi program pemulihan sungai kendalian pemerintah mungkin menjadi petanda terakhir kerana mereka terpaksa diusir dari kawasan itu.
"Yang penting saya punya tempat tinggal saja. Habis tinggal di mana-mana tidak ada tempat. Walaupun di pinggir sungai, yang penting asal dapat tidur. Harapannya jangan dipindahkan, kerana kita lama di sini, sudah 67 tahun. Mahunya kita, jadikan lebih bagus dan kekal, ya kan?" ujar Encik Sani, penduduk Manggarai, Jakarta Selatan.
Seorang pakar perancangan bandar berkata, sungai-sungai lain di Jakarta juga perlu dipulihkan untuk mengatasi banjir berterusan di ibu kota itu.
"Jakarta mempunyai 13 sungai. Kalau Ciliwung tadi berhasil dilakukan penataan, berhasil mengurangi kesan banjir bagi Jakarta, ini akan menjadi contoh bagus untuk penataan di 12 sungai, termasuk tadi sungai besarnya - Pesanggrahan, Angke, Sunter. Juga boleh dilakukan hal yang sama seperti di sungai Ciliwung," nyata Pengarah Eksekutif, Pusat Pengajian Bandar Nirwono Joga.
Jakarta tidak lama lagi akan kehilangan statusnya sebagai ibu kota apabila Indonesia memindahkan pusat pentadbirannya ke Nusantara di Kalimantan Timur.
Namun Jakarta akan kekal sebagai nadi ekonomi negara, dan pihak berkuasa perlu gandakan langkah kawalan banjir demi memastikan agar kota itu terus dapat menarik pelaburan dan menjadi ruang yang sesuai didiami para penduduknya.

Sumber : BERITA Mediacorp/AI/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.