Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Usaha Johor kurangkan kesesakan di Koswe, Linkedua jimat dua jam masa perjalanan

Anggaran Waktu Membaca:
Usaha Johor kurangkan kesesakan di Koswe, Linkedua jimat dua jam masa perjalanan

Pemandangan Koswe dari Johor Bahru (Gambar: Howard Law)

JOHOR BAHRU: Usaha kerajaan Johor menyuraikan kesesakan di Tambak Johor di Johor dan Linkedua di Iskandar Puteri berjaya menjimatkan sekurang-kurangnya dua jam masa perjalanan, kata Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi.

Beliau berkata pencapaian itu hasil kerjasama semua pihak yang menyaksikan pengoperasian Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor Bahru dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri semakin baik.

Katanya sebelum ini kesesakan yang berlaku menyebabkan perjalanan memasuki negeri tersebut mengambil masa empat jam.

“Berkat gemblengan tenaga daripada semua pihak, sedikit sebanyak kita telah berjaya membantu mengurangkan kesesakan dan masa perjalanan sekurang-kurangnya dua jam. 

“Justeru, saya harap pada akhir tahun ini kita dapat jimatkan lagi masa sekurang-kurangnya satu jam,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Mampu Milik Jenis C Tanjung Senibong di Pangsapuri Tanjung Senibong di Johor Bahru pada Ahad (16 Jul). 

Encik Onn Hafiz berkata perkembangan positif itu turut membantu dalam memacu ekonomi dan meningkatkan keyakinan pelabur serta pelancong.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan