Skip to main content

Dunia

Usaha dipergiat cari 12 pelajar terperangkap dalam gua sejak 4 hari lalu

Gerakan mencari 12 pelajar Thailand yang terperangkap di dalam sebuah gua di utara negara itu terus giat dilakukan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 26 Jun 2018 04:03PM Dikemas Kini : 26 Jun 2018 08:50PM

CHIANG RAI, THAILAND: Gerakan mencari 12 pelajar Thailand yang terperangkap di dalam sebuah gua di utara negara itu terus giat dilakukan.

Hari ini (26 Jun) lebih 10 juruselam elit tentera laut dan para anggota penyelamat yang lain memasuki semula gua ini.

12 pelajar anggota pasukan bola sepak dan seorang jurulatih mereka terperangkap di dalam gua besar berkenaan sejak empat hari lalu apabila sebahagian kawasannya mengalami banjir.

Para remaja lelaki berusia 11 hingga 16 tahun itu serta jurulatih mereka yang berusia 25 tahun memasuki Gua Tham Luang Nang Non di wilayah Chiang Rai pada petang Sabtu lalu (23 Jun).

Gerakan mencari mereka dimulakan apabila ibu seorang pelajar itu membuat aduan setelah anaknya tidak pulang daripada latihan bola sepak.

Usaha pasukan penyelamat untuk masuk lebih jauh ke dalam gua itu semalam terpaksa dihentikan kerana hujan menyebabkan air banjir di dalam gua terus naik.

Sumber : Agensi berita/MU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita