Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Urusan agama Islam di Johor guna tulisan Jawi mulai 2020: Ahli exco

 Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) akan menggunakan tulisan jawi dalam segala urusan surat menyurat mereka pada tahun hadapan.

Anggaran Waktu Membaca:
Urusan agama Islam di Johor guna tulisan Jawi mulai 2020: Ahli exco

Bendera negeri Johor. (Gambar: Xiu Yin/Instagram)

Diterbitkan : 01 Sep 2019 03:15PM Dikemas Kini : 01 Sep 2019 03:34PM

JOHOR BAHRU: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) akan menggunakan tulisan jawi dalam segala urusan surat menyurat mereka pada tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Encik Tosrin Jarvanthi berkata pelaksanaan berkuat kuasa 1 Januari itu akan melibatkan kesemua anak syarikat di bawah JAINJ dan MAINJ.

“Pelaksanaan ini juga termasuklah di peringkat pejabat kadi, sekolah-sekolah agama dan digunakan dalam teks-teks ucapan,” terangnya kepada wartawan selepas Majlis Pelancaran Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Johor di Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru, hari ini (1 Sep).

Encik Tosrin berkata untuk memartabatkan lagi tulisan jawi sebagai simbol agama Islam di negeri ini, satu jawatankuasa juga turut akan ditubuhkan. 

Sementara itu, Menteri Besar Johor Sahruddin Jamal berkata beliau menyokong sepenuhnya usaha menggunakan tulisan jawi itu kerana dapat memperkasakan lagi tulisan berkenaan di negeri tersebut.

“Semua di bawah jabatan agama Islam (termasuk MAINJ) mestilah menggunakan tulisan jawi untuk memperkasakannya.

“Kalau kita hendak mengaji, kita mesti tahu baca dan tulis jawi. Jadi ia sedikit sebanyak dapat memahirkan kita untuk mengaji. Jadi saya harap seluruh masyarakat terutama orang Islam dapat menghayati dan belajar tulisan ini,” terang Dr Sahruddin.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan