Urus niaga mencurigakan bernilai AS$64.4 juta terbongkar; aktivis gesa siasatan menyeluruh jelang Pilihan Raya Indonesia 2024
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: BAY ISMOYO / AFP)
SINGAPURA/JAKARTA: Agensi-agensi perisikan kewangan Indonesia menemui urus niaga mencurigakan membabitkan trilion rupiah berkaitan Pilihan Raya Presiden dan Parlimen akan datang.
Urus niaga itu – bernilai satu trilion rupiah adalah sekitar AS$64.4 juta – membabitkan beribu-ribu individu dengan “pelbagai sekutu politik”, dedah Pusat Laporan dan Analisis Transaksi Kewangan (PPATK).
"Kami telah memerhatikan penyelewengan yang menandakan kemungkinan berlaku pembayaran haram," kata ketua PPATK Ivan Yustiavandana kepada media tempatan.
"Kami bercakap tentang trilion, ini jumlah yang sangat besar, melibatkan beribu-ribu nama, kami bercakap tentang semua partai politik."
Penemuan itu terbongkar sebelum lebih 204 juta rakyat Indonesia keluar mengundi pada 14 Feb 2024 dalam apa yang disifatkan sebagai pilihan raya terbesar di dunia.
Selain presiden dan naib presiden baharu, rakyat Indonesia juga akan memilih kira-kira 20,000 penggubal undang-undang dan anggota majlis di peringkat nasional dan wilayah.
Menurut laman berita Liputan6, PPATK mengesan transaksi mencurigakan dalam akaun dana kempen khas (RKDK) partai, yang digunakan untuk membiayai kempen politik.
Para calon dikehendaki memberikan laporan dana kempen awal dan akaun dana kempen khas (RKDK) kepada Komisi Pemilihan Umum (KPU) Indonesia selewat-lewatnya 14 hari selepas mereka disahkan sebagai calon pilihan raya, menurut laman web suruhanjaya itu.
Akaun RKDK untuk partai-partai berkempen mesti diserahkan sebelum tempoh berkempen, yang bermula pada 28 Nov dan ditutup selepas pengiraan undi berakhir.
Agensi risikan kewangan mendapati RKDK partai-partai kekal tidak berubah, jika tidak mendatar. Sementara itu, transaksi penting diperhatikan daripada akaun-akaun lain.
"Ini menunjukkan percanggahan. Kami tertanya-tanya, dari mana datangnya pembiayaan dana jika RKDK tidak aktif?" Encik Ivan dilaporkan sebagai berkata.
Presiden Joko Widodo pada Selasa (19 Dis) mengarahkan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang untuk menjalankan siasatan susulan terhadap penemuan PPATK, menurut Tempo.

Sumber : CNA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.