Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Uruguay sahkan kemunculan jangkitan COVID-19 varian Brazil

Uruguay pada Isnin (22 Mac) mengesahkan jangkitan dua varian COVID-19 yang berasal dari negara jiran Brazil sedang negara Amerika Selatan yang kecil itu menghadapi lonjakan pada jumlah jangkitan dan angka korban.

Anggaran Waktu Membaca:
Uruguay sahkan kemunculan jangkitan COVID-19 varian Brazil

Gambar fail tahanan sebuah penjara di Montevideo, Uruguay didaftar bagi vaksin COVID-19 pada 19 Mac 2021 (Gambar: REUTERS/Ana Ferreira Cirigliano)

Diterbitkan : 23 Mar 2021 11:17AM Dikemas Kini : 23 Mar 2021 11:32AM

MONTEVIDEO: Uruguay pada Isnin (22 Mac) mengesahkan jangkitan dua varian COVID-19 yang berasal dari negara jiran Brazil sedang negara Amerika Selatan yang kecil itu menghadapi lonjakan pada jumlah jangkitan dan angka korban.

Para saintis sudah memeriksa 175 sampel COVID-19 yang diperolehi dari seluruh negara dan menemui varian P1 Brazil daripada 24 sampel tersebut dan varian P2 dalam empat sampel yang lain.

Gregorio Iraola, seorang saintis dengan Kumpulan Kerja Silang Institusi Uruguay (GTI) yang menjalankan penjujukan genom kes COVID-19, berkata bahawa varian P2 sudah menular dalam kalangan masyarakat tempatan dan bukan setakat dijangkiti daripada kes-kes luar negara, menjadikannya "lebih rumit" untuk ditangani.

Presiden Uruguay Luis Lacalle Pou mengadakan mesyuarat kabinet pada Selasa untuk menangani isu tersebut.

Uruguay, yang mempunyai 3.5 juta penduduk, menyaksikan lonjakan kes baru, kematian dan permintaan katil yang meningkat bagi unit-unit rawatan rapi sejak beberapa minggu kebelakangan ini, dengan kadar katil ICU mencecah paras 64 peratus, menurut Persatuan Perubatan Jagaan Rapi Uruguay dalam laporannya. Para pesakit COVID-19 membentuk 22 peratus daripada jumlah katil tersebut.

Ia turut memberi amaran bahawa jika langkah-langkah segera tidak diambil untuk mengurangkan jangkitan, kadar kemasukan ke hospital akan meningkat sehingga 85 peratus menjelang 4 April.

Kedua-dua varian P1 dan P2 COVID-19 menular dengan pantas di Brazil, yang melaporkan jumlah kes harian tertinggi di dunia buat masa ini.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan