Skip to main content

Dunia

'Upin dan 'Ipin' antara korban Aidiladha

Dua lembu diberi nama ‘Upin’ dan ‘Ipin’ dengan masing-masing seberat 800 dan 780 kilogram (kg) antara 22 lembu 'sado' akan dikorbankan semasa Karnival Ibadah Qurban Tayyib Ranch 2025 sempena Aidiladha tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
'Upin dan 'Ipin' antara korban Aidiladha

Lembu sado dipanggil Upin yang akan dikorbankan sempena Aidiladha di Tapak Karnival Stadium Shah Alam. (Gambar: Bernama)

SHAH ALAM: Dua lembu diberi nama ‘Upin’ dan ‘Ipin’ dengan masing-masing seberat 800 dan 780 kilogram (kg) antara 22 lembu 'sado' akan dikorbankan semasa Karnival Ibadah Qurban Tayyib Ranch 2025 sempena Aidiladha tahun ini.

Pengarah urusan syarikat ladang ternakan Tayyib Ranch Sdn Bhd Mohd Sakhedan Sidek berkata lembu sado daripada baka Limousine itu akan dikorbankan di tapak karnival di Stadium Shah Alam pada Sabtu (7 Jun), selepas dijual pada harga RM20,000 (S$6,077) dan RM25,000 (S$7,596) kepada pembeli berlainan.

“Selain Upin dan Ipin, ibadah korban juga melibatkan lembu baka Brahman, Charolais, Blonde dan Black Angus berusia tiga hingga empat tahun dari Kelantan serta Terengganu, dengan berat antara 700 hingga 1,000 kg seekor yang dijual pada harga permulaan RM10,000 (S$3,038) hingga RM45,000 (S$13,672).

“Permintaan lembu sado untuk ibadah korban kian meningkat saban tahun memandangkan masyarakat semakin memahami konsep pemilihan haiwan korban terbaik,” katanya kepada Bernama di tapak karnival itu pada Jumaat (6 Jun)

Encik Mohd Sakhedan berkata lembu sado menjadi pilihan kerana mempunyai daging lebih banyak dan tergolong dalam kategori daging terbaik, menjadikannya sesuai untuk disedekahkan kepada golongan asnaf sebagai bekalan makanan bermutu.

Beliau berkata secara keseluruhannya, sebanyak 100 lembu terlibat dalam pelaksanaan ibadah korban di tapak karnival pada Sabtu hingga Ahad (8 Jun), bagi memberi peluang kepada orang ramai melihat kaedah pengurusan sembelihan dijalankan Tayyib Ranch.

Karnival Ibadah Qurban Tayyib Ranch 2025 berlangsung selama 10 hari hingga 8 Jun dan menawarkan lebih 100 lembu pada harga serendah RM4,000 hingga RM45,000 bergantung kepada jenis serta pakej ibadah korban dipilih.
Sumber : Bernama/NK/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita