Skip to main content

Dunia

Upacara peringati mangsa serangan Christchurch dihadiri 59 wakil negara; dibanjiri puluhan ribu penduduk

Satu upacara bagi memperingati para mangsa serangan masjid New Zealand sudah bermula di Christchurch pada Jumaat (29 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 29 Mar 2019 08:10AM Dikemas Kini : 30 Mar 2019 01:12AM

CHRISTCHURCH: Satu upacara bagi memperingati para mangsa serangan masjid New Zealand sudah bermula di Christchurch pada Jumaat (29 Mac).

Perdana Menteri Jacinda Ardern bersama dengan para wakil dari 59 negara, termasuk rakan sejawatannya dari Australia Scott Morrison, turut menghadiri acara yang dibanjiri berpuluh-puluh ribu orang itu.

Datuk Bandar Christchurch Lianne Dalziel menyifatkan serangan 15 Mac oleh seorang penyokong tegar kuasa kulit putih yang meragut nyawa 50 jemaah solat Jumaat itu sebagai "serangan ke atas kita semua".

"Didorong oleh perasaan benci, tindakan penyerang itu bertujuan untuk memecahbelahkan kita," kata beliau.

"Sebaliknya ia menyatukan kita sedang kita saling menunjukkan sifat ihsan dan kasih sayang tanpa mengira tempat asal kita."

Acara dengan tema "We Are One" itu disiarkan menerusi saluran-saluran televisyen New Zealand, dengan bacaan doa turut kedengaran.

Yusuf Islam, penyanyi Britain yang memeluk Islam pada tahun 1970-an, juga dijadual akan membuat persembahan. 

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita