UNRWA teruskan operasi bantuan meski dilarang Israel
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Eyad BABA)
Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) menyatakan operasi kemanusiaan di wilayah diduduki Israel dan Gaza masih diteruskan pada Jumaat (31 Jan), walaupun larangan oleh Israel berkuat kuasa pada Jumaat.
Tindakan Israel itu juga disifatkan sebagai satu penindasan terhadap kakitangan UNRWA.

Britain, Perancis dan Jerman pada Jumaat mengulangi kebimbangan mereka terhadap tindakan Israel menguatkuasakan undang-undang baharu itu, di mana agensi-agensi kemanusiaan menyatakan ia mempunyai kesan ketara terhadap Gaza kerana para kakitangan UNRWA dan bekalan bantuan dibawa masuk ke Carikan Gaza menerusi Israel.
"Kami akan terus beroperasi," kata Juliette Touma, pengarah perhubungan di UNRW dalam satu sidang media di Geneva.
"Di Gaza, UNRWA tetap adalah tunjang bantuan kemanusiaan antarabangsa. Kami tetap akan menempatkan kakitangan antarabangsa di Gaza, dan kami akan tetap membawa masuk lori yang membawa bekalan asas."
Cik Touma berkata sebarang gangguan terhadap usaha UNRWA di Gaza akan menimbulkan risiko terhadap perjanjian gencatan senjata yang sedang dilaksanakan di Gaza.
"Jika UNRWA tidak dibenarkan untuk terus membawa masuk dan mengedarkan bekalan, maka nasib gencatan senjata ini akan menghadapi risiko dan berada dalam bahaya," katanya.
Puluhan ribu pelarian Palestin di Baitulmakdis Timur mendapat pendidikan, khidmat jagaan kesihatan dan khidmat lain daripada UNRWA.
Cik Touma berkata kakitangan UNRWA di Tebing Barat dan Baitulmakdis Barat berdepan masalah seperti dilempar batu dan ditahan di pusat pemeriksaan.
Kakitangan antarabangsa UNRWA sudah pun pulang ke negara masing-masing selepas tempoh visa mereka tamat, tambah Cik Touma.
Israel untuk sekian lama telah mengkritik UNRWA dan mendakwa kakitangannya terlibat dalam serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober 2023, yang mencetuskan perang di Gaza.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.