Skip to main content

Dunia

UNRWA kecam Israel sebabkan kebuluran di Gaza

Pesuruhjaya Agung Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Sabtu (23 Ogos) menggesa Israel agar berhenti menafikan tanggungjawab terhadap kebuluran yang dicetuskan di Carikan Gaza serta mendesak negara-negara berpengaruh bertindak segera bagi menamatkan krisis itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Anggaran Waktu Membaca:
UNRWA kecam Israel sebabkan kebuluran di Gaza

Penduduk Palestin berkumpul untuk menerima makanan dari dapur amal di Bandar Gaza pada 28 Julai, 2025. (Gambar: Reuters/Khamis Al-Rifi)

ISTANBUL: Pesuruhjaya Agung Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Sabtu (23 Ogos) menggesa Israel agar berhenti menafikan tanggungjawab terhadap kebuluran yang dicetuskan di Carikan Gaza serta mendesak negara-negara berpengaruh bertindak segera bagi menamatkan krisis itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Sudah tiba masanya pemerintah Israel berhenti menafikan kebuluran yang telah diciptakannya di Gaza.

“Semua pihak yang mempunyai pengaruh mesti menggunakannya dengan penuh tekad dan rasa tanggungjawab moral. Setiap jam amat berharga,” kata Encik Philippe Lazzarini menerusi platform media sosial X di Amerika Syarikat.

Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC), iaitu badan pemantau kebuluran global yang disokong PBB, mengesahkan pada Jumaat bahawa kebuluran sudah berlaku di wilayah pentadbiran Gaza, dan dijangka merebak ke kawasan tengah dan selatan wilayah itu menjelang akhir September.

Sejak Oktober 2023, lebih 62,000 penduduk Palestin di Gaza terbunuh akibat serangan Israel. 

Kempen ketenteraan itu turut memusnahkan wilayah berkenaan, mengakibatkan kematian akibat kebuluran, pemindahan paksa dan penularan penyakit.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita