Skip to main content

Dunia

UNRWA dilarang beroperasi di Israel

Anggaran Waktu Membaca:
 UNRWA dilarang beroperasi di Israel

(Gambar: Ahmad GHARABLI / AFP)

Diterbitkan : 30 Jan 2025 09:23PM Dikemas Kini : 30 Jan 2025 09:35PM
CARIKAN GAZA: Langkah Israel mengharamkan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) daripada beroperasi di negara itu mula berkuat kuasa pada Khamis (30 Jan).

Ini bermakna badan PBB itu tidak lagi dibenarkan menjalankan operasi di Israel, setelah Tel Aviv menuduhnya menyokong kumpulan Hamas.

Di bawah larangan yang disokong oleh negara sekutunya Amerika Syarikat, semua kegiatan yang dikendalikan oleh UNRWA di bahagian Baitulmakdis Timur dihentikan.

Bagaimanapun, operasi UNWRA di Tebing Barat dan Gaza tetap diteruskan.

Selama ini, pejabat-pejabat UNRWA di Israel memainkan peranan penting dalam menyediakan khidmat jagaan kesihatan dan pendidikan kepada penduduk Palestin.

Ibu pejabat UNRWA di Baitulmakdis Timur sudah pun dikosongkan sejak Rabu (29 Jan) setelah tempoh visa bagi kakitangan antarabangsanya disingkatkan.

Jurucakap UNRWA Jonathan Fowler berkata: "Di Baitulmakdis Timur, kami berkhidmat kepada 70,000 pesakit yang miskin, yang paling memerlukan dalam masyarakat, yang tiada akses kepada sumber alternatif khidmat jagaan kesihatan yang dimampui, dan menggunakan sistem jagaan kesihatan kami yang percuma.

"Mereka memerlukan kami. Mereka memerlukan khidmat-khidmat ini. Ia seperti satu senario mimpi ngeri (bagi mereka)."

Sementara itu, Ketua UNRWA Philippe Lazzarini mengutuk keras keputusan Israel itu, dengan menyifatkannya sebagai serangan berterusan terhadap agensi tersebut.

Menurutnya, langkah itu hanya akan memudaratkan kehidupan dan masa depan rakyat Palestin.

UNRWA sudah lama bertelagah dengan Israel kerana didakwa menjejaskan keselamatan negara itu.

Ketegangan antara kedua-dua pihak itu hanya bertambah buruk sejak berlaku serangan Hamas ke atas Israel pada Oktober 2023, di mana Israel menuduh kakitangan UNRWA terlibat sama dalam serangan tersebut.
Sumber : Agensi berita/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita