UNRWA beri amaran perkhidmatan untuk pelarian Palestin terancam dek kekurangan dana
Anggaran Waktu Membaca:
Seorang kanak-kanak lelaki memegang seguni gandum di pusat bantuan PBB and UNRWA. (Gambar: AFP PHOTO / SAID KHATIB)
WASHINGTON/HAMILTON: Ketua Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) pada Khamis (13 Nov) memberi amaran bahawa kekurangan dana yang serius mengancam perkhidmatan penting untuk jutaan pelarian di seluruh rantau itu.
Demikian lapor Anadolu Ajansi (AA).
“Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, anggaran pendapatan bagi suku pertama 2026 terlalu rendah untuk menampung defisit besar dari 2025,” kata Philippe Lazzarini kepada Jawatankuasa Keempat Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York.
“Tanpa kemasukan dana baharu yang ketara, penyampaian perkhidmatan kritikal kepada jutaan pelarian Palestin di seluruh rantau akan terjejas,” katanya.
Menurut Encik Lazzarini, UNRWA berdepan kekurangan dana sekitar AS$200 juta (S$260 juta) antara akhir 2025 hingga awal 2026 dan kemungkinan mustahil untuk mengekalkan operasi UNRWA pada skala dan mutu sedia ada.
Beliau berkata bahawa UNRWA menyumbang 40 peratus daripada perkhidmatan penjagaan kesihatan asas di Carikan Gaza serta menyediakan pendidikan kepada ratusan ribu kanak-kanak.
Pengurangan operasi dijangka membawa kesan yang amat serius terhadap kestabilan serantau, khususnya di Gaza, Tebing Barat, Lubnan, Syria dan Jordan, kata beliau.
Agensi PBB itu berdepan kesukaran kewangan yang semakin meruncing sejak Israel melancarkan tuduhan tidak berasas terhadap UNRWA dengan mendakwa kakitangannya terlibat dalam serangan 7 Oktober.
Tuduhan Israel itu mendorong beberapa negara penderma utama termasuk Amerika Syarikat, menggantung atau menangguhkan pembiayaan mereka.

Sumber : Bernama/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.