UNRWA beri amaran kebuluran tragedi terbaharu timpa rakyat Gaza
Seorang kanak-kanak Palestin menggunakan kerusi roda untuk membawa botol-botol plastik di bandar Sheikh Radwan di Gaza City pada 24 Ogos 2025. (Gambar: AL-QATTAA / AFP)
Dalam kenyataan yang dimuat naik di platform X, Encik Lazzarini menggambarkan keadaan di Gaza sebagai “neraka yang sedang menzahirkan dirinya dalam semua bentuk di Gaza.”
Beliau juga menekankan bahawa “penafian adalah bentuk paling keji dalam proses penyahmanusiaan.”
Encik Lazzarini menggesa Israel supaya menghentikan usaha menggalak dan menyebarkan naratif yang mengelirukan serta membenarkan pertubuhan kemanusiaan menyalurkan bantuan tanpa sekatan.
Beliau turut menyeru supaya wartawan antarabangsa diberikan akses untuk membuat liputan secara bebas dari dalam Gaza.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.