Universiti Pertahanan Nasional Malaysia tingkatkan langkah keselamatan bagi tangani isu buli
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: Bernama)
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
KOTA TINGGI: Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan meningkatkan langkah-langkah keselamatan di akademi latihannya.
Antaranya, termasuk melaksanakan panggilan nama atau 'roll call' dengan lebih kerap dan memasang kamera-kamera litar tertutup CCTV tambahan.
Pelbagai langkah tu diambil susuli kes-kes penderaan berprofil tinggi yang dikaitkan dengan institusi tersebut.
Menurut Menteri Pertahanan Khaled Nordin, tindakan yang diambil adalah untuk memastikan pemantauan dan tindak balas yang lebih baik.
Encik Khaled menambah, pihaknya sedang menimbangkan sebuah platform khusus untuk mangsa-mangsa penderaan membuat aduan dengan segera.
Insiden-insiden buli sering melibatkan para kadet di akademi tentera.
Menurut Encik Khaled, UPNM adalah tempat bagi semua mahasiswa dari tahun pertama hingga tahun empat berinteraksi.
Beza usia tiga hingga empat tahun dan dinamik antara mahasiswa lebih senior dengan yang baharu boleh membawa kepada kes-kes sedemikian.
Komen Encik Khaled dibuat menyusuli gesaan di-Pertuan Agong supaya budaya buli dan penderaan dihapuskan, demi memulihkan nama baik UPNM.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.