Universiti Oxford akan uji tindak balas vaksin COVID-19 terhadap kanak-kanak
Universiti Oxford pada Sabtu (13 Feb) menyatakan ia melancarkan percubaan untuk menguji keselamatan dan tindak balas imun terhadap vaksin COVID-19 ciptaannya dalam kanak-kanak buat kali pertama.

(Gambar: AFP)
REUTERS: Universiti Oxford pada Sabtu (13 Feb) menyatakan ia melancarkan percubaan untuk menguji keselamatan dan tindak balas imun terhadap vaksin COVID-19 ciptaannya dalam kanak-kanak buat kali pertama.
Uji cuba itu akan menentukan sama ada vaksin Oxford-AstraZeneca berkesan untuk kanak-kanak dan remaja yang berusia antara enam dengan 17 tahun, menurut satu kenyataan emel dari universiti itu.
Sekitar 300 sukarelawan akan menyertai percubaan itu dan suntikan dos pertama dijangka diberikan bulan ini, menurut Oxford.
Vaksin Oxford-AstraZeneca yang mempunyai dua dos itu disebut sebagai "vaksin untuk dunia' kerana ia lebih murah dan mudah untuk diagihkan berbanding vaksin-vaksin yang lain.
AstraZeneca menyasarkan untuk menghasilkan tiga bilion dos vaksin tahun ini dan merancang untuk menghasilkan lebih 200 juta dos vaksin dalam sebulan menjelang April.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.