Skip to main content

Dunia

Universiti Jepun perkenal program AI untuk latih pelajar perubatan

Anggaran Waktu Membaca:
Universiti Jepun perkenal program AI untuk latih pelajar perubatan

Indonesia menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah Forum Kecerdasan Buatan (AI) Selatan Global pada tahun depan. (Gambar hiasan: iStock)

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 09 Mar 2025 02:17PM Dikemas Kini : 09 Mar 2025 02:19PM
NAGASAKI: Universiti Nagasaki di barat daya Jepun dan sebuah syarikat pembangunan sistem tempatan memperkenalkan program kecerdasan buatan (AI) yang membolehkan pelajar perubatan melatih untuk melakukan temu bual dengan para pesakit secara maya menerusi paparan skrin.

Pembangunan itu dibuat berikutan kesukaran universiti serantau mendapatkan pesakit simulasi, yang memerlukan latihan khusus bagi meniru simptom kes sebenar dengan tepat, lapor Kyodo News.

Keadaan itu berpunca daripada penurunan populasi di banyak kawasan luar bandar Jepun.

Dalam satu demonstrasi pada awal Mac lalu, seorang pesakit AI melaporkan mengalami demam dan batuk selama dua hingga tiga hari serta memberi maklum balas yang sesuai kepada soalan daripada individu yang bertindak sebagai pelajar perubatan.

Universiti itu merancang untuk memperkenalkan program berkenaan pada Mac 2026.

Melalui teknologi AI itu, universiti dijangka dapat meningkatkan latihan perubatan bagi pelajar melalui interaksi dengan pelbagai pesakit maya yang berbeza dari segi umur, jantina dan simptom.

"Kami akan menambah fungsi pemarkahan dan maklum balas dalam sistem ini. Kami berharap ia dapat membawa kepada kaedah pembelajaran yang lebih cekap serta meningkatkan kualiti pembelajaran," kata Shinya Kawashiri, profesor madya di Fakulti Perubatan universiti itu.

Sementara itu, Profesor Toru Kobayashi dari Fakulti Sains Maklumat dan Data universiti berkenaan menyifatkan usaha tersebut sebagai satu "inisiatif baharu" di Jepun.
Sumber : Bernama/HA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita