Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Universiti di Britain tidak harus buka semula bulan depan, kata kesatuan

Universiti-universiti di Britain patut membatalkan rancangan pembukaan semula bulan depan bagi mengelakkan para mahasiswa yang melakukan perjalanan dari luar negara menjadikan keadaan pandemik virus korona di negara itu lebih buruk.

Anggaran Waktu Membaca:
Universiti di Britain tidak harus buka semula bulan depan, kata kesatuan

Suasana sepi di Universiti Cambridge pada 1 Apr 2020. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 30 Aug 2020 07:41PM Dikemas Kini : 30 Aug 2020 07:49PM

LONDON: Universiti-universiti di Britain patut membatalkan rancangan pembukaan semula bulan depan bagi mengelakkan para mahasiswa yang melakukan perjalanan dari luar negara menjadikan keadaan pandemik virus korona di negara itu lebih buruk, menurut sebuah kesatuan, yang menyeru agar kursus-kursus diajar secara online.

Pemerintah di bawah pimpinan Perdana Menteri Britain Boris Johnson dikecam atas langkahnya untuk membuka semula sekolah-sekolah, lebih-lebih lagi berikutan kemarahan ramai berhubung keputusan peperiksaan untuk para pelajar dan satu percubaan yang gagal untuk membawa pulang semua pelajar kembali ke sekolah mereka pada awal tahun ini.

Encik Johnson menyeru rakyat negara itu untuk kembali kepada keadaan seperti biasa menyusuli langkah perintah berkurung virus korona, sambil menggesa para pekerja untuk pulang ke pejabat bagi membantu ekonomi negara itu pulih daripada penguncupan 20 peratus bagi tempoh April hingga Jun.

Namun, Kesatuan Universiti dan Kolej (UCU) menyatakan bahawa sekarang adalah terlalu awal untuk membawa para pelajar kembali ke universiti, sambil memberi amaran mereka mungkin dipersalahkan jika kes jangkitan COVID-19 melonjak di negara itu.

"Menggerakkan lebih sejuta pelajar di seluruh negara akan menimbulkan bencana dan ia berisiko menjadikan universiti-universiti yang tidak bersedia sebagai rumah penjagaan gelombang kedua," kata setiausaha am UCU Jo Grady dalam satu kenyataan.

"Kini masanya untuk pemerintah akhirnya mengambil tindakan tegas dan bertanggungjawab dalam krisis ini dan memaklumkan kepada pihak universiti untuk membatalkan rancangan mengadakan kelas secara bersemuka," katanya sambil menyeru pemerintah memindahkan kesemua kelas secara online bagi penggal pertama.

Beberapa universiti menyatakan bahawa mereka bersedia untuk dibuka semula pada bulan depan setelah melakukan persiapan selama berminggu-minggu dan sesetengah pelajar mengatakan mereka sudah pun menghabiskan wang untuk sewa penginapan sebagai persediaan bagi penggal persekolahan yang baru.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan