Universiti California San Diego sediakan mesin layan diri uji COVID-19
Para mahasiswa dan kakitangan Universiti California San Diego kini ada pilihan baru untuk menjalani ujian COVID-19.
WASHINGTON: Para mahasiswa dan kakitangan Universiti California San Diego kini ada pilihan baru untuk menjalani ujian COVID-19.
Sebanyak 11 mesin layan diri disediakan di merata kampus berkenaan, mengandungi kit-kit ujian COVID-19 untuk digunakan secara percuma.
Mereka dikehendaki memulangkan sampel ujian dalam tempoh 72 jam.
Hasil ujiannya pula akan diketahui dalam masa kurang dua hari.
Sebelum ini, para pelajar perlu membuat temu janji untuk menjalani ujian COVID-19 di pusat-pusat ujian yang terletak di kawasan kampus.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.