Skip to main content

Dunia

United Airlines sambung penerbangan Boeing 737 MAX pada Feb

United Airlines menjadi syarikat penerbangan terbaru mengumumkan rangka masa untuk menyambung khidmat penerbangan Boeing 737 MAX, dengan mengumumkan pada Jumaat (18 Dis) bahawa pesawat itu akan memulakan semula penerbangan pada Februari.

Anggaran Waktu Membaca:
United Airlines sambung penerbangan Boeing 737 MAX pada Feb

Gambar fail pesawat-pesawat United Airlines, termasuk satu model Boeing 737 MAX 9 (Gambar: REUTERS/Loren Elliott)

Diterbitkan : 19 Dec 2020 12:21PM Dikemas Kini : 19 Dec 2020 12:34PM

NEW YORK: United Airlines menjadi syarikat penerbangan terbaru mengumumkan rangka masa untuk menyambung khidmat penerbangan Boeing 737 MAX, dengan mengumumkan pada Jumaat (18 Dis) bahawa pesawat itu akan memulakan semula penerbangan pada Februari.

Pesawat itu, yang digantung operasi selama 20 bulan ekoran dua nahas, akan memasuki semula jadual penerbangan United pada 11 Februari, dengan perkhidmatan dari Denver dan Houston.

Langkah itu diambil berdasarkan keputusan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) pada November untuk membenarkan pesawat itu terbang lagi menyusuli peningkatan perisiannya dan protokol baru bagi latihan juruterbang.

United menyatakan masih ada lagi penambahbaikan yang harus dilakukan pada pesawat-pesawatnya sebelum ia boleh memulakan semula khidmat dengan syarikat penerbangan itu. Kedua-dua nahas pesawat 737 MAX di Habsyah dan Indonesia, meragut 346 nyawa dan menyebabkan operasinya di seluruh dunia digantung.

United menyatakan pihaknya akan bersikap "telus sepenuhnya" dengan para pelanggan dan akan menempah semula atau mengembalikan wang pelanggan yang tidak mahu menaiki pesawat itu.

MAX menyambung semula perkhidmatan komersil pada 9 Disember dengan syarikat penerbangan tambang rendah Brazil Gol yang menggunakan khidmatnya tanpa kejadian tidak diingini.

Di Amerika Syarikat, American Airlines dijadualkan untuk menyambung penerbangan MAX lewat bulan ini.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita