Skip to main content

Dunia

United Airlines pecat hampir 600 pekerja kerana enggan divaksin

United Airlines akan memecat hampir 600 kakitangannya yang enggan mematuhi syarat untuk mendapatkan vaksin COVID-19, menurut para pegawai syarikat berkenaan pada Selasa (28 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
United Airlines pecat hampir 600 pekerja kerana enggan divaksin

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 29 Sep 2021 09:51AM Dikemas Kini : 29 Sep 2021 09:52AM

NEW YORK: United Airlines akan memecat hampir 600 kakitangannya yang enggan mematuhi syarat untuk mendapatkan vaksin COVID-19, menurut para pegawai syarikat berkenaan pada Selasa (28 Sep).

Selain 593 kakitangan yang enggan divaksin, lagi 2,000 kakitangan memohon pengecualian atas alasan perubatan atau keagamaan daripada syarat tersebut, menurut pegawai syarikat itu. Jumlah itu membentuk sekitar tiga peratus daripada keseluruhan kakitangan United Airlines seramai 67,000 pekerja.

Syarikat penerbangan Amerika Syarikat itu turut mendedahkan bahawa ia berpuas hati dengan kesan keseluruhan dasar itu. Pada awal Ogos, United Airlines mengumumkan bahawa kesemua kakitangannya dikehendaki mendapatkan vaksin dan memuat naik kad vaksinasi masing-masing ke dalam sistem syarikat tersebut.

Lebih 99 peratus baki kakitangan United Airlines mematuhi syarat tersebut, menurut satu memo kepada para kakitangan oleh Ketua Eksekutif United Airlines Scott Kirby dan Presiden Brett Hart.

Syarikat itu juga sedang melakar dasar bagi para kakitangan yang memohon pengecualian daripada syarat tersebut, sambil menukil kes mahkamah berhubung hal itu.

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita