Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Uniqlo tinggalkan Rusia, buka peluang bagi perniagaan dijual

Anggaran Waktu Membaca:
Uniqlo tinggalkan Rusia, buka peluang bagi perniagaan dijual

(Gambar: AFP/Natalia Kolesnikova)

MOSKO: Syarikat Jepun, Uniqlo, sudah membuat keputusan untuk meninggalkan Rusia selepas menggantung operasinya tahun lalu.

Ia membuka peluang bagi perniagaan tersebut untuk dijual, lapor akhbar Izvetia yang memetik Timbalan Menteri Perdagangan Rusia.

Pemilik Uniqlo, Fast Retailing, menggantungkan operasi jenama pakaian itu di Rusia pada Mac 2022, yang mengikut langkah sejumlah syarikat-syarikat antarabangsa.

Ini berikutan serangan yang dilancarkan oleh Rusia ke atas Ukraine, yang menggelarnya "operasi ketenteraan khas."

Timbalan Menteri Perdagangan dan Perindustrian Rusia, Viktor Yevtukhov, berkata bahawa syarikat itu sudah membuat keputusan untuk meninggalkan Rusia secara mutlak namun ia masih belum menyerahkan permohonan kepada pemerintah, yang bermaksud syarikat rantaian itu belum mempunyai pembeli, lapor akhbar Izvestia pada Selasa (23 Mei).

Fast Retailing tidak membalas permintaan Reuters bagi sebarang komen.

Tadashi Yania, pengasas Fast Retailing, memberitahu media Jepun sebelum itu bahawa Uniqlo mempunyai 50 cawangan yang beroperasi di Rusia.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan